Sunday, April 18, 2010

Kelahiran Aisyah Humaira'


Assalamualaikum sahabat2 kasih fillah sekalian, syukur alhamdulillah...w/pun agak lewat post kali ni..sy ucapkan syukran jazilan pd shbt2 yg mmberi ucpn tahniah dan juga shbt2 yg sntiasa mndoakan sy sefamily dan seluruh umat islam. Barakallahu fik!!

Alhamdulillah..summa alhamdulillah..ungkapan yg paling layak utk sy luahkan. Syukur kpd ALLAH S.W.T, Khamis, 8.18 malam, 1 April bersamaan 17 Rabi'ulakhir, seorang bayi perempuan merangkap cucu perempuan sulung keluarga sy selamat dilahirkan. Bayi ini dinamakan dengan nama isteri Rasulullah S.A.W, Aisyah Humaira' Binti Muhammad Hudzaifah. Semoga Aisyah akan membesar dgn sihat dan menjadi wanita yg solehah dan mukminah seperti Saidatina Aisyah R.anha. Sepanjang tempoh 9 bulan ummu humaira ini mengandung, ada byk pengalaman dan pengajaran yg sy dpt pelajari. Kasih seorg IBU, Letih seorg IBU, Gembira seorg IBU, Sakit seorg IBU dan macam2 lg perihal IBU. Antara kenangan yg sy x dpt lupa, smsa bulan Ramadhan yg lalu, sy malu dgn diri sendiri apbla melihat sesusuk tubuh yg sarat mengandung itu tenang bersolat tarawikh 20 rakaat. Melihat insan itu, sy merasakn betapa lemah dan kerdilnya sy ini dihdpn ALLAH S.W.T. Astaghfirullahal'azim.. Sy pasti ramai lg ibu2 yg sgt b'mujahadah dlm ibadat kerana Allah. Barakallahu lakum!! Sy x sempat melihat keadaan ummi sy ktka mengandungkan adik sy krna waktu i2, sy terlalu kecil utk mengerti. Tapi apabila kakak kandung sy sendiri melalui pglmn ummi, sy berpeluang melihat, memahami dan belajar bermcm2 perkara yg sgt bernilai. Memang patutlah, SYURGA ITU DIBWH TELAPAK KAKI IBU. Pd sy,wanita yg sedg mengandung itu sudah boleh dipanggil ibu. Sy rs terharu melihat semangat dan kesabaran seorg ibu menanggung kesakitan terutama pd hari2 terakhir sebelum melahirkan bayi. Anak saudara sy yg ketiga ini lahir lewat seminggu dr tarikh yg doktor jangka. Sesungguhnya manusia hanya merancang dan menjangka tetapi ALLAH jua yg menentukan. Mendengar cerita scra live dr kakak sy, x dpt dbygkn betapa sakit dan peritnya untuk melahirkan seorg cahaya mata. Cuba kita fikir bagaimana agaknya kesakitan yg dialami seorg ibu tatkala ingin melahirkan bayi sampaikan ibu2 yg meninggal saat melahirkan anaknya,diampunkan dosa2nya seperti sucinya seorg bayi?


Maha HebatNYA ALLAH. Setiap yg berlaku, DIA isikan dengan hikmah yg sangat bermakna. Sahabat2 sekalian, apa kata kita luangkan masa...pandanglah ibu,ummi,mak,ma atau apa-apa glrn yg kita panggil pd seorg yg telah bertarung nyawa utk melahirkan kita. Tataplah wajah mereka dengan kasih syg, ciumlah pipi mereka sepuasnya, bertuturlah dgn mereka dgn sebaik2 perkataan, khidmatlah pd mereka dgn pnuh keikhlasan sebelum tiba saat dimana insan kesayangan kamu itu pergi menghadap ILAHI atau kita sendiri dijemput pergi. Hargailah segala pengorbanan seorg ibu itu dgn penuh rs syukur kpd Allah. Siapa boleh tandingi seorg Ummi? Tiada. Pada sy langsung tiada.
Kita hanya ada seorg ibu dan seorg bapa dlm hayat kita. 'Semoga Allah redha dengan Ummu kita semua, dan menetapkannya di atas jalan kebenaran, memudahkannya untuk taat, dan menggolongkannya dalam kalangan wanita solehah yang beriman.' Aaamin.

2 comments:

Anonymous said...

tahniah dan ameen, moga jadi muslimah mukminah, qaanitah, taa'ibah,

Annisa Asyifa said...

Syukran jazilan. Aaamin. Barakallahu fik..