Sunday, April 18, 2010

Pemergian Seorang Sahabat...

Assalamualaikum...

Khamis,1 April sy mendapat anak saudara ketiga. Khamis, 8 April pula sy telah kehilangan seorang sahabat. Al Fatihah buat Allahyarham Ahmad Amirul Faez. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. Tergamam mendapat mesej2 makluman dr sahabat2. Walaupun x pernah sekelas, arwah ialah sahabat sy kerana ALLAH. Jika dilihat pd usia, allahyarham meninggal pada usia yg masih muda. Namun, siapa yg boleh menentukan ajal mati kita jika bukan ALLAH? Pemergian arwah merupakan tazkirah dr Rabb. Bila2 masa, mana2 tempat, ajal itu boleh tiba. Setiap hari, akan ada kematian, cuma asbab kematian itu saja yg berbeza. Ada yg mati kemalangan, ada yg mati dibunuh, ada yg mati krna penyakit dll. Kita x dpt mengagak bagaimana pengakhiran hidup kita. Moga2 kita mendapat husnul khotimah. Aaamin. Sekadar peringatan buat sahabat2 dan diri yg lemah, kejarlah lima sebelum lima. Sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, tua sebelum muda, kaya sebelum miskin dan Hidup sebelum Mati. Semoga pintu taubat masih terbuka buat kita, manusia yg sering lalai, x sempurna dan lemah ini. Ayuh sama2 kita istiqamah memohon ampun drNYA.

Allah menyembunyikan tangan-Nya
bukanlah Dia memalingkan wajah-Nya
tetapi melihat siapakah yang benar dalam meminta
dengan permintaan yang sebenarnya.

KAU SAHABAT KAU TEMAN

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti

Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu

Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia

Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu

Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana

Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Akhir kalam..wallahua'lam



No comments: