Showing posts with label Aktiviti SHAMS. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti SHAMS. Show all posts

Wednesday, April 21, 2010

Memori Nadwah Kepimpinan SHAMS 2010


Assalamualaikum,

Hampir 3 bulan x menjejakkan kaki di SHAMS, akhirnya Allah membuka peluang itu. Syukur... Bila sampai kat sekolah, mata terlekat pada setiap bangunan yg masing2 menyimpan 1001 memori. ASRAMA... SURAU... DEWAN MAKAN... KELAS2... BILIK GURU.. LIBRARY... KOOP... DEWAN ABU BAKAR... DLL. Terbayang kelibat sahabat2 sedang berjalan sekitar SHAMS. Gaya mereka. Senda gurau mereka. Kata-kata mereka. Senyuman mereka. Macam2 lagi tentang mereka. Hakikatnya, sy sedang merindui kaliaaaan. Bilakah kita semua dapat bertemu semula??? Semoga Allah mengizinkannya. Aaaamin.

Sepanjang 3 hari menginap di asrama utk menjayakan NAKIS, dpt juga sy mengecas kembali semangat diri yg terasa low. Syukran adik2 n sahabat2 yg menjemput. Moga2 kem ini memberikan impak yg positif kepada semua w/pun mgkin bukan skrg efeknya. Allah Maha Tahu masa yg terbaik. Tahniah buat adik2 pemimpin SHAMS form3 n form4 ats komitmen dan penglibatan kalian. Keikhlasan kalian akan diberi ganjaran oleh Rabbul Izzati. Buat adik2 Urusetia, syukran jazilan! Kerja kuat dan pengorbanan kalian sgt2 dihargai.


Walau apapn kekurgn yg ada pada diri kita atau org lain, x bermakna kita atau sesiapa x layak utk saling berdakwah dan memperingati antara satu sama lain. Islah nafsak wad'u ghairak. Perbaiki diri dan berdakwahlah kepada org lain. Allah kurniakan setiap dr kita kelebihan dan kekurgn yg berbeza untuk kita saling lengkap-melengkapi. Tak semua yg kita ingin ada pada kita, Allah kurniakan w/pun kita berusaha mendapatkannya atau berusaha mengubah kekurangan kita. Kenapa? Kerana Allah Is The Only One Yang Maha Tahu Apa Yang Terbaik Buat Kita. Wazakkir fainnazzikra tanfa'ul mukminin..


Buat adik2 peserta NAKIS, segala input yg kalian terima spjg NakiS, kalian amal dan apa yg perlu sebar, sebarkanlah. K.solihah doakan agar ilmu2 yg kalian dpt, ALLAH permudahkan kalian istiqamah dlm amal. Apa-apa salah silap sepanjang kem dan sepanjang k.solihah kenal adik2,mohon kalian maaf dan redha. No One Is Perfect. Jadi, kita kena minta maaf dan memaafkan even kita rasa x wat salah apa2. Semoga ALLAH meredhai kita semua.

Buat sahabat-sahabat fasi Nakis, syukran jazilan. Mohon maaf kerana x dpt bg komitmen yg terbaik. Semoga Allah menghargai dan niat murni dan keikhlasan kalian semua. Barakallahu fik. Apapun, syukur pd Allah kerana scra x langsung, Nakis ni juga memberi kesan positif pada fasi2. Dapat hidupkan kembali semangat2 yg pudar dlm diri. InsyaALLAH..

Akhirul kalam..wallahu'alam

Friday, June 12, 2009

Salam Yang Terakhir....

Assalamualaikum ila asdiqa' sekalian..
This is the last post kerana SHAMS menunggu di sana, terbayang kerja2 bertimbun yang perlu diselesaikan memandangkan next week adlh ada intikhobat MPP utk SESI 2009/2010. Semoga segala urusanku dan sahabat2ku yg lain dipermudahkan ALLAH RABBUL IZZATI..Result Pertghn Tahun juga sedang menanti utk tiba di tangan..debarnya hanya ALLAH yang Maha Tahu. Ya Allah, kupohon agar Engkau mengurniakan sebaik-baik keputusan kepadaku dan para sahabat kasih fillah ku. Jangan kau timbulkan nafsu riak jika kami cemerlang dan jangan sesekali kami berputus asa jika result kami kurang baik. ENGKAU SEBAIK-BAIK PEMBERI KEJAYAAN. Sekadar ini, semoga hari esok lebih baik dari hari ini dan seterusnya wa halumma jaraa...wallahu'alamubissawab

Sunday, May 31, 2009

Kisah Jumaat Yang Lalu...

Assalamualaikum,alhamdulillah setelah hampir sebulan...akhirnya tangan ini kembali menari..Terlalu banyak event yg berlaku dalam masa sebulan ini..Syukur, walaupun ada peristiwa yang sedih tapi yakinku pada tuhan bahawa Dia telah mengatur perjalanan hidupku sebaik-baiknya.

Jumaat lalu, seusai menghadiri kem spm di sklh..hampir semua pelajar aspuri form 5 melawat Ustaz Tarannum kami,Ustaz Mat Nor di HSNZ. Beliau jatuh sakit pada Jumaat minggu lepas..jangkitan kuman,kata isterinya. Alhamdulillah setelah 6 hari koma, beliau sedar kembali cume ingatan beliau belum pulih sepenuhnya. Mata Ustaz berair masa kami mai ramai2.Mungkin beliau teringat time die sihat dulu. Beliau cakap nak naik atas..terdiam sebentar kami sume. Nasib baek ada sorg pak cik 2 wat lawak.."Ye la..mane ade org naik ke bwh..kalu nak naik kene la naik atas..kalu nk turun ke bawah". Doaku buat Ustaz..semoga Allah menyembuhkan penyakit Ustaz. Sesungguhnya setiap penyakit itu penghapus dosa.Amiiin.

Ba'da kami mlwt ustaz, kami pergi kt Karnival Komunikasi di pantai batu burok. Dijadikan cerita, kami beli aiskrim n duduk mkn kt taman permainan...Kbtulan ade seorg budak llaki dlm umur 5 tahun sdg bermain buai, dan ketika syok menikmati aiskrim tiba ade satu suara mengganggu..Wei,mu nok kene penampo, mu sape haa..nok kene sepak?. Terkejut dibuatnya. Rupa-rupanya budak kecik tu yg berkata2. Subhanallah,mulut budak ni. Sahabat-sahabatku pun terpegun. Seorg kwnku menegur adik 2 dlm nada bergurau."Adik,tak baik cakap gitu. Nama ape?". Tiba-tiba budak tuh, cakap bukan2. Astaghfirullah ,mengucap panjang dibuatnya. Sian sangat kat adik ni..baru umur sekecil ini..ayat2 dia dah tercemar. Persoalannya di sini, salah siapa? Macammana dia boleh pandai ckp kotor gini?Teringat kat adik2 dan anak saudaraku..semoga mereka terlindung dari kata-kata kotor.

Sebenarnya point di sini ialah tentang mulut. Apa fungsi mulut? Untuk bersuara,bergurau,makan,minum dan macam2 lagi. Yang paling penting? Tak ramai yang menjadikan mulut sebagai agen dakwah. Mereka guna mulut untuk bergosip, mengumpat, mengata, menyanyi,ketawa x ingat dunia n macam2 lagi.Inilah yang kita dapat tatap dengan mata kasar kita sekarang. Mangsa dari mulut kita yang x terjaga itu adalah adik-adik kita yang amat mudah terpengaruh. Kasihan mereka, sebab salah kita...mereka terkorban. MasyaALLAH, jauhnya kita lari dari sunnah rasul kita.

Sahabat, sebelum mata terpejam rapat buat terakhir kalinya, hisablah dirimu. Katakan pada diri,biar aku menyesal dgn kesilapanku sekarang, jangan sampai aku menyesal x sudah di akhirat kelak. Saat itu, baru kau sedar kesilapanmu malangnya sudah terlalu lambat. Sesungguhnya Tuhan Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, maka dekatilah DIA. Peliharalah mulutmu sebaik-baiknya. Seringkali kita menyalahgunakan nikmat mulut anugerah Tuhan ini. Pernahkah kita terfikir mengapa Allah mengurniakan kita sepasang telinga tapi hanya satu mulut? Mengapa ya? Mungkin ALLAH ingin kita kurangkan bercakap kerana manusia selalu alpa, pantang bercakap..bermacam2 perkara yang dibualkan. Jika perbualan itu berfaedah, alhamdulillah tapi manusia...sedikit shj ckpnya yg elok,yg lain tersasar jauh.

Tentang dakwah, kenapa kita hanya sekadar melihat org berbuat salah tapi just senyap tanpa tindakan? Dimana mulut kita yg selama ini becok berkata2. Apa akan jadi jika tiada manusia yang berani menegur? Rasulullah telah berpesan, sampaikan dariku walau satu ayat. Siapa yang benar2 memegang kalimah kekasih ALLAH ini? Seruku terutama buat mereka yang bergelar pemimpin, kalian akan disoal di hari Penghisaban kelak tentang amanah. Dakwah juga amanah!

Pernah shbtku memberitahu,"Ana takut org benci ana.". Hakikatnya, Nabi sendiri banyak terluka jiwa dan fzikal dalam berdakwah. Sebenarnya syaitan takut jika ada insan yang ingin berdakwah. Dia ingin menarik seramai mungkin manusia ke tempat abadinya iaitu AN-NAR. NAUZUBIILAHI MIN DZALIK. Diri ini bukan insan yang kamilah tetapi niatku agar kita semua dapat bangkit dari kesilapan lalu. Ingatlah bhw. setiap perkataan kita akan dihisab oleh ALLAH. ISLAM TAK MEMERLUKAN KITA TETAPI KITA AMAT MEMERLUKAN ISLAM. Sematkan kalimah ini dalam hati, InsyaALLAH, kita akan merasa kuat..Kekuatan yang dikurniakan oleh Pemilik Segala Kekuatan.Amiiin..

Jangan lupa bhw. lahirnya AL-INSAN dlm dunia ini kerana ALLAH melantik sbg.khalifah bumi. Ayuh sahabat! Bukalah lembaran suci AL-QURAN, dalam surah Muhammad, AYAT 7. Lihatlah betapa Pengasihnya ALLAH..Dia telah menjanjikan kejayaan buat hambanya yg beriman. SUBHANALLAH....ALLAHUAKBAR...LA TAHZAN , INNALLAHA MA'ANA. Wallahua'lam.

Thursday, September 4, 2008

Ramadhan sudah tiba...

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak
Bersama kita manfaatkan bulan ini dengan amalan yang diredhaiNYA.


Aktiviti sekolah spjg Bulan Ramadhan ini:

Program Ihya Ramadhan iaitu pd khamis, 18.9.2008 bersamaan 18 ramadhan juge bersamaan hari ulangtahun kelahiran sahabat kesayanganku! FAATIHAH.

Ade macam2 aktiviti yang dijayakan dgn jayenye..
tilawah..hafazan..nasyid..khat..azan..n kuiz ramadhan. Tahniah dan syukran atas kerjasama yg diberikan.

Minggu Ihya Ramadhan Asrama turut dijalankan hasil usaha Biro Tarbiyah. SYAAAABBBAS..antum sume memang mantopp..huhu..

Ahad ni ade Majlis Berbuka puasa dan Khatam Quran. Bersama semua guru..moga berjalan lancar.AMIIN..

Tibe2 teringat kate2 laksamana Sunan dlm Novel Bagaikan Puteri..
Mati itu pasti, hidup...INSYAALLAH.

Al-Fatihah kepada bekas guru kaunselor SHAMS, Allahyarhamah Toh Puan Fatimah @ Cg.Ma pd Isnin, 16 Ramdhan lalu.

Masih terngiang ditelinga kata2nya sewaktuku berjumpenya utk bertnye pndpt ttg masalah pelajaran dan asrama. Terima kasih cikgu. Kudoakan rohmu beroleh ketenangan di sana.

Monday, August 18, 2008

Kem Tazkiatun Nufus

bace Mathurat berjemaah..sweet memory


Alhamdulillah, berkat bantuan dariNYA. KEM Tazkiatun Nufus selamat berjalan dengan jayanya. Banyak juge pengalaman yang ditimba. Kepada sahabat2 yang begitu gigih berusaha..SYUKRAN JAZILAN. Jazakallah..ila hafizah, zuraihan, amirah, husna bahar, nik maini, zue amran, nadia, nani, eika, jannah, siti, salmiah, aiman, faridah, nasuha, aida, sarah...dan tidak lupe sahabat2 aspura Form 4. Jangan putus asa dalam meraih mardhatillah. hayya bina..