Friday, May 23, 2008

Rasa bertuhan.....


Kalau manusia mengenali Tuhannya
Hancur luluh hatinya lembutlah jiwanya
Tak sempat mengingati perkara yang lain
Hati dan jiwanya semata-mata terpaku

Dengan Tuhannya Jika manusia mengenali kehebatan
Keagungan Tuhannya kecutlah perutnya
Kalau manusia sentiasa sedar pendengaran
Penglihatan dan pengetahuannya

Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia ini tawaduk merendah diri
Di bumi Tuhannya.....
Jika manusia rasa bertuhan hidup di hatinya
Matilah angan-angan
Takut pun datang menerpa dihatinya
Manusia akan sibuk dengan dirinya

Tak sempat memikirkan diri orang lain
Takut dan bimbang tak sempat mengumpat
Aduh! kalau Tuhan sentiasa dihati
Perasaan berTuhan mencengkam dihati

Mengenang pula nikmat Nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya
Takut kalau nikmat ditarik semula

Kalau terbuat dosa akan diazabnya
Begitulah kalau seseorang hamba mengenali Tuhannya
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhan
Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya
Sekalipun dunia di tangannya

Thursday, May 22, 2008

pesan ukhti farhana

lydiyaiffah_89 (4/30/2008 7:44:34 PM): "Sahabat, jadikanlah medan peperiksan itu sebagai medan peperanganmu, pena sebagai senjatamu, perahan akal fikiran sebagai tenagamu yang tersimpan. Diwaktu malam engkau bercekang mata seumpama seorang pejuang berjaga di tengah malam. Aku katakan sebegitu seandainya dirimu meletakkan tuntutan ilmu dalam mencapai kejayaan semata-mata hanya kerana Allah s.w.t.. Kerana sesungguhnya mereka yang bersusah payah dlm perjalanan mencari ilmu maka Allah akan permudahkan kepadanya jalan ke pintu syurga.." fikir2kanlah

Thursday, April 3, 2008

SERUAN JIHAD

Seruan jihad telah lama memanggilmu
Lebih 1400 tahun yang lalu
Di bumi yang tandus dari suara Qudus
Melalui lidah Sayyidul Mursalin.
Suara itu masih terdengar lagi
Di waktu kini
Melalui lidah generasi perjuangan kini
Apakah kamu tidak dengar.
Untuk menyiram bumi yang tandus
Untuk mengekang nafsu yang rakus
Untuk melembut hati yang keras
Untuk membersih penzalim dan pemeras
Untuk pembasmi pemandi darah
Untuk menahan arak yang tumpah
Untuk memberhentikan pejudi memusnah.
Agar Tuhan dibesarkan dan disembah
Aagar bumi Tuhan putih bersih
Dari noda dan darah.
Ayuh! Sambutlah seruan ini
Jangan tunggu-tunggu lagi
Jangan biarkan masa berlalu percuma...

HAYYA HAYYA YA ASDIQA'...

pemuda pemudi tanamkan semangat waja
tegakkan kebenaran didunia yang banyak noda
tiupkan roh Islam yg sangat mulia
kumandangkan seluruh pelusuk buana
menyelamatkan Islam kerja kami dijalan Allah
hidup kamidijalan Allah
dijalan Allah kami mati
kami tak gentar dengan mati
kami tak rela Islam dihina-hina
bangunkan orang yang masih lena
kembangkan Islam ke seluruh dunia
seperti solaffussoleh yang banyak jasa
pembela kebenaran marilah berjuang
membangun Islam walau ditentang
sejarah keagungannya yang sangat gemilang
biar ianya bangun berulang

....KALAU BUKAN UMAT ISLAM YANG MARTABATKAN ISLAM...SIAPA LAGI?...

CINTA SEJATI

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.
MORAL & IKTIBAR
Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah
Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak
Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.