Assalamualaikum, alyaum..sy postkan sebuah puisi buat renungan saya n sahabat2 dn juga semua. Dalam dunia jambatan akhirat ini, kita hidup dalam kelompok manusia yang sangat ramai. Macam2 ragam dan perangai. Kita jg suka membuat penilaian sendiri ttg org lain. Mula lh timbul rasa benci, suka, kurang menyenangi, sayang dan mcm2 perasaan ba'da penilaian kita itu. Kadang2 tanggapan kita salah, tapi ada juga yg betul. Puisi ini untuk kita koreksi diri supaya kita tidak tetapkn mindset bila org ni jht..smpai bila2 die jahat/teruk. Beri shbt2 kita smgt atau peluang utk berubah. Jgn biarkn mereka lmh smgt. Bantu saya. Bantu Mereka...
Kau tidak faham Dan kau tidak mengenali
Aku, aku dan juga diriku ini
Kau hanya memandang dari jauh
Dan mendengar-dengar kisah dari yang lain
Atau kau melihat senyum tawaku yang menjelekkan hati
Itu ini itu ini kau lihat pada zahirku ini
Buruk buruk itu sahaja yang kau ulang sehari-hari
Kau tidak faham
Dan kau tidak mengenali
Aku, aku dan juga deritaku ini
Kupalsukan segala sakit dengan senyuman
Menanam segala sengsara dengan tawa kegembiraan
Tetapi kau tidak memahami
Kerna kau tidak pernah ingin mengenali
Itu ini itu ini kau lihat pada zahirku ini
Hanya nilaian kau dari jauh dan cerita-cerita orang lain
Kau tidak faham
Dan kau tidak mengenali
Aku, aku dan kehidupanku ini
Kau ungkit semua dosaku yang lalu
Kemudian kau maki aku yang kini
Kau lemparkan kepadaku semua kesilapanku yang dahulu
Lalu kau caci aku yang hari ini
Buruk itu buruk ini kau ungkit berkali-kali
Seakan-akan aku ini langsung tidak berubah dan tidak meningkat seinci
Kau tak akan memahami
Kerna kau tidak bergerak untuk mengenali
Itu ini itu ini kau ungkit atas zahirku kini
Hanya nilaian kau dari emosimu sendiri
Ketahuilah
Kalau kau tahu apa yang aku lalui sehari-hari
Maka kau akan sedikit ketawa
Dan banyak menangis di dalam hati
Tetapi kau tidak memahami
Kerna kau tidak bergerak mengenali
Sedang aku
Bergerak mendekatimu
Dan berusaha memahamimu
Walaupun aku gagal hingga ke hari ini
http://ms.langitilahi.com/puisi-kau-tidak-faham-kau-tidak-mengenali/