Sajak nukilan Aminah Qutb:
Sekiranya kita
cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia
tidak semestinya manusia
cinta kepada kita
Tetapi sekiranya kita
Tetapi sekiranya kita
cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah
nescaya cinta Allah
tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah semata-mata kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..
Petikan dari buku ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul’ – Fatimah Syarha
++ Buat semua hamba Allah, Moga-moga kita tidak terjebak dengan cinta nafsu rekaan syaitan laknatullah.. Andai cinta itu hadir, perhatikanlah, bagaimana caranya kita bercinta? Cara yang Allah redhakah? Cintakah namanya kalau Yang Mencipta Cinta sendiri tidak redha? Dan fikir2 kalian, kemana cinta itu berakhir? Bahagia dunia sahajakah? Di Akhirat putus? Adakah cinta itu membawa anda ke Syurga Allah atau Neraka? Ya Allah, jangan kerana tersalah guna cinta, kami tercampak di neraka.. Nauzubillah min dzalik!
Sama-sama hayati doa ini,
Bismillahirrahmanirrahim,
Ya Allah
jika aku jatuh cinta,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku
untuk menyintaiMu..
Ya Muhaimin
Ya Muhaimin
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling
daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah
jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dlm perjalanan panjang
menyeru manusia kpdMu…
Ya Allah
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepadaMu
Amin….
No comments:
Post a Comment