Thursday, February 24, 2011

Syukur, tamat test pertama..

Assalamualaikum,
Syukur pada Allah, berakhir juga hari-hari yang penuh dengan test dan kuiz. Test pertama untuk subjek Mutalaah Ta'bir, Nahu Sorof, Fiqh Muamalat, Kenegaraan dan English telah selesai dan hari ini, test Ulum Quran juga selesai. Alhamdulillah, rasa sedikit lega walaupun kesemua test agak payah. Semester 2 yang semakin mencabar. Setiap kali test tamat, masing-masing memandang sesama sendiri, mohon simpati sesama sendiri. Ya Allah, banyaknya ilmu yang kami gagal manfaatkan dan yang kami lupa. Tawakkal pada Allah, moga-moga kami berjaya. Amiin.

Ya ALLAH, permudahkan kami jalan ke syurga, Amiiin..

Esok, insyaAllah, ada pertandingan Debat Bahasa Arab. Pendebat Unisza lawan pendebat UIAM. Dengar cerita, salah seorang pendebat Unisza ialah Kak Latifah, kakak sesyukbah yang berasal dari Thailand. Nampak luaran orangnya simple sahaja, tak sangka Kak Latifah fasih cakap Arab. Sepanjang belajar di Unisza, bila dengar lecturer-lecturer fasih berbahasa Arab, rasa teruja walaupun banyak juga yang tak faham. Kata Ustazah Zaiton, entum bila lagi kalau tak berlatih dari sekarang? Cabaran dan semangat buat diri sendiri! Beruntungnya mereka yang belajar dan pandai Ilmu Bahasa Arab apatah lagi yang pandai cakap Arab. Bahasa Al-Quran, Kalamullah almunazzal ala rasulillah..
Akhir kalam, al-ilmu nur! Tuntutlah ilmu kerana Allah.. 
Wallahu'alam... 

2 comments:

miss iluvislam said...

salam cik solehah,awk silap tarikh tu. final debat arab malam ni la, kat dku. Jom pakat2 p..

ps: arab is the best, nahu sorof? =P

Annisa Asyifa said...

to miss iluvislam, syukran gtau (^_^) sy silap baca hrtu.. smlm baru perasan. Ok,Hayya bina! Nahu sorof? :D