Saturday, February 19, 2011

Kalaulah kita...

Bismillahirrahmanirrahim, In The Name of Allah the Most Gracious and The Most Merciful.
Alhamdulillah, hari ini, saya kongsikan satu lirik nasyid saya rasa cukup mendalam maknanya. Muhasabah diri sendiri dan  juga buat sahabat-sahabat.  Pertama kali dengar nasyid ini, rasa tersentak. Terasa diri ini sedang ditegur secara halus.
Surah Assyuara; ayat 62 dan 82
Sama-sama renungkan..terokai hati kita sendiri. Sejauh mana kita cintakan Dia lebih daripada yang lain?

Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaan-Nya
Kalau Tuhan kita rasakan

Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya

Kalau Tuhan dikenali

Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya
Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal

Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita

Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi
Ya Allah, Engkau terlalu baik pada hamba-hambaMu. Rasa malu dan berdosa yang teramat. Jarang sekali Allah tegur kita dengan beban hukuman yang berat. Sungguh, Allah tak pernah uji kita dengan ujian yang kita tak mampu tanggung tapi kita sahaja yang selalu bersangka buruk.  Maha PengasihNya Allah. Kenapa kita masih tak bersyukur selepas kita nampak betapa banyaknya nikmat, bantuan, perlindungan dan hidayah yang Allah kurniakan pada kita?
Ampunkan kami Ya Allah. Jangan Kau palingkan hati kami dari jalan yang Kau redha.  Rugi dan sia-sianya hidup kami andai itu terjadi. Segala Puji Hanya PadaMu Ya Rabb. Kekalkan kami dalam kesucian agamaMu. Aamiiin...

2 comments:

Anonymous said...

salam ziarah
nasyid kmpulan mne?

Annisa Asyifa said...

salam'alaik, syukran ziarah, nasyidnya dr kumpulan mawaddah,kalau tuhan dikenali..