Thursday, September 17, 2009

RAMADHAN KALI INI??

Ramadhan kali ni...memang lain dr yg lain. Apa sebabnya? Banyak sebabnya. Cuma cukup saya katakan bahawa kehidupan kita ini semakin hampir ke penghujungnya. Nikmat MASA...tanpa kita sedari, masa berlalu pergi dari saat ke saat, minit ke minit dan begitulah seterusnya. Straight to the point, sepanjang Ramadhan ni..kami pelajar form 5, ada TRIAL SPM.

Kata org, Trial ni penting. Lebih kurg sama pentingnya dgn SPM SEBENAR. Kata2 ni sedikit sbyk mengundang debaran bagi setiap jiwa berumur 17 tahun yg mngmbil SPM. Memang benar peperiksaan ni penting tapi sebenarnya ada satu peperiksaan yang LAGI penting!! Peperiksaan TIMBANGAN AMAL BAGI MENENTUKAN KELAYAKAN SYURGA ATAU NERAKA yang ramai manusia x sedar kehampirannya. Peperiksaan ini boleh bermula bila-bila masa! Kita dibekalkan beberapa soalan SPOT yg look simple n easy but not many people pass it with flying colours result even a muslim! ANEH TAPI BENAR! Pada saat peperiksaan ini bermula, x ada kes tiru meniru jawapan. Memang sure x ada..sbb apa? Pemeriksanya ialah TUHAN YANG MAHA ESA! Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar!! 100x. ALLAH melihat hamba2nya sibuk dgn preparation utk succeed dlm exam dunia tp just prepare ala kadar je utk peperiksaan BESAR ni. MasyaALLAH.

Dahla kali ni trial jatuh time bulan penuh barokah ni. Saya dpt lihat muka2 sembab x cukup tdur dr wajah2 shbt2 yg dicintai. Kesian lak. Memang mereka study hard n hard. Sampai ada yg x tidur. Saya? Bukan insan sekuat mereka. Kudrat saya tidak membenarkan saya belajar sampai larut malam. Terdetik rs cmburu melihat keutuhan smgt mrka study tapi saya tahu ALLAH x akan membebankan hambanya dengan beban yg x mampu ditanggung. Saya cuba melakukan yang terbaik dan sepertimana shbt2 lain, saya bertawakkal kepada ALLAH. Dan sesungguhnya manusia itu sentiasa lupa dan alpa.

Peringatan untuk insan2 yang kusayangi, dalam keseriusan kita mengorak langkah ke arah kejayaan akademik, jangan sesekali lupa siapa yg mengurniakan kejayaan itu. Peliharalah ibadah kita agar ALLAH meredhai usaha2 kita. Memang menuntut ilmu itu wajib tapi ibadat wajib lain jangan kita pinggirkan. Kita ambil kisah Imam Malik jika saya x silap, dimana beliau membahagikan masa 24 jam kpd 3 bahagian. 1 utk menuntut ilmu, 1 utk berehat dan 1 lagi utk ibadat kpd ALLAH. Agaknya bagaimana masa kita terbahagi ya? Jangan2 semuanya diperuntukkan dgn study? Aduh..habislah jika begini. Rasulullah sendiri mengambil masa utk berehat. Itu dikira SUNNAH bukan?

INGATLAH DAN PASAKKANLAH KALIMAH LAILAHAILLALLAH WA MUHAMMADURRASULULLAH DALAM HATIMU.

Teman, Jangan sesekali study kita mengganggu ibadat kita. Rosaklah amal kita jika begitu yg terjadi. Sahabat, aku bimbang andai masa yg ada telah kita salah gunakan. Wajarkah kita asyik study sampai lwt malam shgga waktu QIAMULLAIL kita tenggelam ditelan masa? Sanggup kita korbankan waktu SOLAT SUBUH kita dgn tersengguk-sengguk ktk kita menunaikannya kerana terlalu penat study? Hamba bagaimana kita ini?

Astaghfirullah. AYUH, KITA MOHON AMPUN PADA TUHAN YANG MAHA PENGAMPUN. Jangan dilewat2kan! Aku bimbang pintu taubat tertutup dahulu. Dalam saki-baki Ramadhan Karim yg tinggal ini, kita hidupkan lagi dgn amal2 soleh. AYUH DIRIKU JUA TEMAN2 KASIH LILLAHI TAALA. Salam maaf dipinta andai ada kesilapan dan kesalahan. Sekian dr saya buat saat ini, wassalam.

No comments: