Friday, June 5, 2009

Mampukah aku Menjadi seperti Mereka?


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Ketika aku marah,
Inginku intip serpihan sabar,
Daripada catatan hidup Siti Sarah.
Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.

Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
Bahagia adalah miliknya.

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah.

Tuesday, June 2, 2009

REALITI SEMASA YANG MENYAKITKAN MATA !!

Sejak akhir-akhir ini, gejala sosial di Malaysia nampaknya semakin banyak dan menjadi-jadi. Jika dulu setiap kali isu sosial ini timbul, masyarakat akan terus mencemuh dan mengaitkannya dengan budaya kehidupan Barat. Istilah 'budaya kuning' cukup popular suatu waktu dulu bagi menggambarkan kehidupan bebas di Barat yang menjadi kegilaan muda-mudi di Malaysia. Waktu itu, masyarakat masih memandang keji budaya import ini yang telah merosakkan akhlak, khususnya golongan muda.

Tahun demi tahun berlalu, istilah budaya kuning semakin terhakis dan terus hilang dari kamus. Dengan kata lain, 'budaya kuning' itu telah kehilangan kuningnya dan kini telah menjadi 'budaya kita'. Sebab itulah, gejala sosial yang berlaku kini bukanlah merupakan satu perkara asing lagi di dalam masyarakat. Masyarakat nampaknya sudah 'lali' dengan apa yang berlaku dan sudah pasrah dengannya, bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'.


Hampir setiap hari kita didedahkan dengan bermacam-macam laporan tentang masalah salah laku remaja. Berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan sudah terlalu lumrah, sehingga ia tidak lagi dilakukan di tempat yang tersorok, malah telah berlaku secara terang-terangan di tempat awam. Jika dulu kes-kes berpeluk, cium dan raba adalah fenomena biasa di tasik-tasik, kini ia boleh dilihat di mana-mana, termasuklah di kedai-kedai mamak sekalipun.

Budaya rempit sudah tidak terkata dan semakin hari mereka semakin menunjukkan belang. Ini terjadi setelah golongan mat rempit ini semakin mendapat perhatian kerajaan, seolah-olah mereka ini telah diberi satu 'pengiktirafan'. Baik di bandar mahupun kampung, golongan ini sudah tidak memilih tempat lagi, asalkan ada jalan raya. Lebih buruk, aktiviti rempit ini turut melibatkan golongan remaja perempuan. Apa yang paling menyedihkan kita ialah, mereka ini semuanya beragama Islam! Malah sebahagian besar kes gejala sosial yang berlaku di Malaysia adalah melibatkan muda-mudi Islam!

Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan! Orang-orang kafir Barat hidup tanpa berpandukan agama. Oleh itu, mereka menyelesaikan segala masalah mereka hanya dengan mengikut selera nafsu tanpa panduan dari agama mereka. Kita umat Islam berbeza sama sekali dengan mereka di mana kita mempunyai panduan, apabila kita berpegang dengannya, kita tidak akan sesat selama-lamanya. Dan panduan kita itu tak lain tak bukan ialah Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Jika mengambil selain keduanya, maka sudah pasti segala masalah tidak akan dapat diselesaikan dan lebih buruk lagi, umat Islam pasti akan tersesat. Inilah apa yang berlaku pada hari ini, semua masalah diterapkan hukum berlandaskan nafsu semata, bukannya hukum Allah. Umat Islam telah mengambil cara berfikir kafir Barat di dalam menyesaikan segala permasalahan. Maka berlakulah apa yang kita saksikan sekarang - penyelesaian yang tidak pernah menyelesaikan.

Umat Islam tidak habis-habis menggunakan nafsu dan terus tersesat jalan dengan cuba mengubati penyakit dengan mengubati simptomnya sahaja. Ibarat kata, jika atap sebuah rumah itu bocor dan menyebabkan air menitis setiap kali hujan melanda, umat Islam sibuk mencari penyelesaian dengan mengambil baldi atau lain-lain bekas untuk menakung air yang bocor itu. Mereka sibuk berbincang dan bertelagah sesama sendiri samada baldi atau besen yang lebih sesuai. Mereka juga sibuk berbincang saiz baldi dan besen yang akan digunakan. Persoalannya, apakah selesai masalah dengan pendekatan sebegini, jikapun yang diambil itu adalah baldi atau besen emas sekalipun? Wahai kaum Muslimin! Kalian semua mengetahui bahawa satu-satunya jalan penyelesaian yang akan menuntaskan segala masalah ialah dengan membaiki atap yang bocor tadi. Inilah penyelesaian yang hakiki.

Kita harus sedar bahawa kita manusia adalah setinggi-tinggi makhluk Allah di muka bumi ini. Kesedaran ini janganlah sampai membawa kita terlupa bahawa kita juga boleh jatuh menjadi serendah-rendah makhluk jika tersalah mengemudikan bahtera hidup ini. Ini sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya manusia Aku cipta dalam sebaik-baik kejadian. Lalu Aku jatuhkannya menjadi serendah-rendah makhluk; kecuali mereka yang beriman, beramal soleh. Mereka mendapat ganjaran yang tidak putus-putus"

Kurniaan Istimewa Dari Pemilik Cintaku..


Alhamdulillah berkat kasih sayangnya, ahli keluargaku bertambah. Semoga kelahiran bayi kecil ini akan memakmurkan alam dengan KEAGUNGAN TUHAN dan SUNNAH RASULNYA . AMIIN. Tepat jam 6.18 pagi bertarikh 29 Mei, Jumaat 2009, lahirlah seorang putera kepada abang tunggal kesayanganku. Hasil sepakat raja dan permaisuri bayi ini, terukirlah satu nama iaitu ENGKU MUHAMMAD SYAUQI ANAS. Semoga bayi ini dapat mewarisi keteguhan iman seorg sahabat Nabi Muhammad S.A.W iaitu Anas bin Malik R.ANHU.

Sunday, May 31, 2009

Kisah Jumaat Yang Lalu...

Assalamualaikum,alhamdulillah setelah hampir sebulan...akhirnya tangan ini kembali menari..Terlalu banyak event yg berlaku dalam masa sebulan ini..Syukur, walaupun ada peristiwa yang sedih tapi yakinku pada tuhan bahawa Dia telah mengatur perjalanan hidupku sebaik-baiknya.

Jumaat lalu, seusai menghadiri kem spm di sklh..hampir semua pelajar aspuri form 5 melawat Ustaz Tarannum kami,Ustaz Mat Nor di HSNZ. Beliau jatuh sakit pada Jumaat minggu lepas..jangkitan kuman,kata isterinya. Alhamdulillah setelah 6 hari koma, beliau sedar kembali cume ingatan beliau belum pulih sepenuhnya. Mata Ustaz berair masa kami mai ramai2.Mungkin beliau teringat time die sihat dulu. Beliau cakap nak naik atas..terdiam sebentar kami sume. Nasib baek ada sorg pak cik 2 wat lawak.."Ye la..mane ade org naik ke bwh..kalu nak naik kene la naik atas..kalu nk turun ke bawah". Doaku buat Ustaz..semoga Allah menyembuhkan penyakit Ustaz. Sesungguhnya setiap penyakit itu penghapus dosa.Amiiin.

Ba'da kami mlwt ustaz, kami pergi kt Karnival Komunikasi di pantai batu burok. Dijadikan cerita, kami beli aiskrim n duduk mkn kt taman permainan...Kbtulan ade seorg budak llaki dlm umur 5 tahun sdg bermain buai, dan ketika syok menikmati aiskrim tiba ade satu suara mengganggu..Wei,mu nok kene penampo, mu sape haa..nok kene sepak?. Terkejut dibuatnya. Rupa-rupanya budak kecik tu yg berkata2. Subhanallah,mulut budak ni. Sahabat-sahabatku pun terpegun. Seorg kwnku menegur adik 2 dlm nada bergurau."Adik,tak baik cakap gitu. Nama ape?". Tiba-tiba budak tuh, cakap bukan2. Astaghfirullah ,mengucap panjang dibuatnya. Sian sangat kat adik ni..baru umur sekecil ini..ayat2 dia dah tercemar. Persoalannya di sini, salah siapa? Macammana dia boleh pandai ckp kotor gini?Teringat kat adik2 dan anak saudaraku..semoga mereka terlindung dari kata-kata kotor.

Sebenarnya point di sini ialah tentang mulut. Apa fungsi mulut? Untuk bersuara,bergurau,makan,minum dan macam2 lagi. Yang paling penting? Tak ramai yang menjadikan mulut sebagai agen dakwah. Mereka guna mulut untuk bergosip, mengumpat, mengata, menyanyi,ketawa x ingat dunia n macam2 lagi.Inilah yang kita dapat tatap dengan mata kasar kita sekarang. Mangsa dari mulut kita yang x terjaga itu adalah adik-adik kita yang amat mudah terpengaruh. Kasihan mereka, sebab salah kita...mereka terkorban. MasyaALLAH, jauhnya kita lari dari sunnah rasul kita.

Sahabat, sebelum mata terpejam rapat buat terakhir kalinya, hisablah dirimu. Katakan pada diri,biar aku menyesal dgn kesilapanku sekarang, jangan sampai aku menyesal x sudah di akhirat kelak. Saat itu, baru kau sedar kesilapanmu malangnya sudah terlalu lambat. Sesungguhnya Tuhan Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, maka dekatilah DIA. Peliharalah mulutmu sebaik-baiknya. Seringkali kita menyalahgunakan nikmat mulut anugerah Tuhan ini. Pernahkah kita terfikir mengapa Allah mengurniakan kita sepasang telinga tapi hanya satu mulut? Mengapa ya? Mungkin ALLAH ingin kita kurangkan bercakap kerana manusia selalu alpa, pantang bercakap..bermacam2 perkara yang dibualkan. Jika perbualan itu berfaedah, alhamdulillah tapi manusia...sedikit shj ckpnya yg elok,yg lain tersasar jauh.

Tentang dakwah, kenapa kita hanya sekadar melihat org berbuat salah tapi just senyap tanpa tindakan? Dimana mulut kita yg selama ini becok berkata2. Apa akan jadi jika tiada manusia yang berani menegur? Rasulullah telah berpesan, sampaikan dariku walau satu ayat. Siapa yang benar2 memegang kalimah kekasih ALLAH ini? Seruku terutama buat mereka yang bergelar pemimpin, kalian akan disoal di hari Penghisaban kelak tentang amanah. Dakwah juga amanah!

Pernah shbtku memberitahu,"Ana takut org benci ana.". Hakikatnya, Nabi sendiri banyak terluka jiwa dan fzikal dalam berdakwah. Sebenarnya syaitan takut jika ada insan yang ingin berdakwah. Dia ingin menarik seramai mungkin manusia ke tempat abadinya iaitu AN-NAR. NAUZUBIILAHI MIN DZALIK. Diri ini bukan insan yang kamilah tetapi niatku agar kita semua dapat bangkit dari kesilapan lalu. Ingatlah bhw. setiap perkataan kita akan dihisab oleh ALLAH. ISLAM TAK MEMERLUKAN KITA TETAPI KITA AMAT MEMERLUKAN ISLAM. Sematkan kalimah ini dalam hati, InsyaALLAH, kita akan merasa kuat..Kekuatan yang dikurniakan oleh Pemilik Segala Kekuatan.Amiiin..

Jangan lupa bhw. lahirnya AL-INSAN dlm dunia ini kerana ALLAH melantik sbg.khalifah bumi. Ayuh sahabat! Bukalah lembaran suci AL-QURAN, dalam surah Muhammad, AYAT 7. Lihatlah betapa Pengasihnya ALLAH..Dia telah menjanjikan kejayaan buat hambanya yg beriman. SUBHANALLAH....ALLAHUAKBAR...LA TAHZAN , INNALLAHA MA'ANA. Wallahua'lam.

Tiga Golongan Awal Ke Neraka



Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a. Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati. Abu Hurairah pun bersetuju seraya berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH S.A.W kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba ABU HURAIRAH menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan.

Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH s.a.w kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba
Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan. Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan, "Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T

ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?" Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.'' ALLAH SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?'' Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari'' Malaikat berkata kepadanya, "engkau berdusta". ALLAH SWT berfirman "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.

Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ''Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup". Orang itu menjawab, ''Benar wahai tuhan''. ALLAH SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'', dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.'' ALLAH SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta". Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''

Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?'' Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.'' Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu." ALLAH SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''.

"Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai
Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''"

Marilah bersama kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan~