Showing posts with label copy paste. Show all posts
Showing posts with label copy paste. Show all posts

Friday, May 20, 2011

Dakwah...

Buat para daie...
Dalam menyampaikan amanah dakwah, ada banyak perkara yang perlu kita usaha untuk pelajari dan fahami. Antara perkara utama:

1. Ikhlas kerana Allah swt
 
Ikhlas adalah kunci utama kejayaan dakwah, dengan izin Allah. Seorang pendakwah mesti menanamkan niat ikhlas di dalam setiap gerak langkah dakwahnya. Semua amalannya mesti diarahkan semata-mata untuk Rabb yang menguasai alam semesta. Seorang pendakwah juga tidak sewajarnya mengharapkan kedudukan, pangkat, kemasyhuran, pujian dan sebagainya. Semua amalannya hanya menginginkan keredhaan Allah yang Maha Esa.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

Katakanlah (wahai Muhammad) : “Upah apa pun yang aku minta daripadamu maka itu untukmu. Upahku hanyalah dari Allah dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.”
(Surah Saba’ : 47)

2. Mempunyai matlamat yang jelas.

Seorang pendakwah mesti mempunyai matlamat yang jelas di hadapannya iaitu untuk menegakkan agama (Iqamatuddin), melakukan pembaikan (islah) dan mencegah semua bentuk kemungkaran.

3. Bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan agama Allah.

Bersungguh-sungguh yang dimaksudkan adalah sebagaimana seorang mujahid yang melawan musuh di medan peperangan. Ini dilakukan dengan menyeru sekalian manusia ke arah melaksanakan perkara-perkara yang baik (amar ma’ruf) dan mencegah daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah (nahi mungkar).

4. Sentiasa menuntut dan menambah ilmu pengetahuan.

Dalam menjalankan usaha dakwah, penguasaan ilmu amat penting bagi para pendakwah. Ini untuk memudahkannya berhadapan dengan manusia yang bakal ditemuinya. Selain ilmu-ilmu yang berkait dengan aqidah dan hukum-hakam, seorang pendakwah juga perlu peka dengan perkembangan ilmu pengetahuan semasa seperti teknologi maklumat, sains dan lain-lain.

5. Sedia menerima kelebihan dan kekurangan orang lain.

Pendakwah harus menyedari bahawa dia adalah manusia yang serba kekurangan dan begitu juga manusia lain.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :

“Sekiranya tidak kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun dari kamu yang bersih (dari perbuatan keji dan mungkar).”
(Surah An-Nur : 21)

Perlu disedari, hanya Allah sahaja yang Maha Sempurna dan segala kekurangan itu adalah milik kita. Oleh yang demikian, seorang pendakwah mestilah mampu berinteraksi dan bergaul dengan masyarakat sekelilingnya.

6. Tidak mudah berputus asa ketika menghadapi kesusahan.

Berputus asa terhadap sesuatu kegagalan atau kesulitan bukanlah ciri-ciri seorang yang baik. Ini kerana, jalan dakwah sentiasa memerlukan kesabaran yang tinggi dan berusaha untuk mengatasi segala kesukaran yang dihadapi. Rasulullah s.a.w. berada di Mekah selama 13 tahun untuk berdakwah terus-menerus walaupun baginda sering dihina dan disakiti. Sesungguhnya, jika kita kumpulkan seluruh kesusahan yang kita alami ketika ini dan dibandingkan dengan kepayahan yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w. ternyata kita berada amat jauh di belakang.

Monday, April 18, 2011

Kisah 22 Soalan

Jihad Ilmu

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah iaitu mendapat pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya.

Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.

Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening,sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya.

Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. "

Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.

Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."

Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Tuesday, March 15, 2011

Manusia dan Tsunami

Retrieved from http://saifulislam.com/9430


Lori beras terbalik.
Orang ramai berpesta mengaut beras ‘percuma’ di Lebuhraya.
Pemandu lori yang parah mengerang dengan luka yang dihurung lalat meminta bantuan.
Kelindan lori terbiar hingga mati di tepi jalan.

Saya cuba untuk menghadam laporan kejadian lori beras terbalik di KM394 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tanjung Malim bulan lalu. Apakah yang difikirkan oleh pengaut beras itu? Adakah mereka lebih miskin daripada penghuni pondok yang makan siput babi beberapa tahun lalu di siaran Bersamamu TV3? Jika tidak lama dulu orang ramai berkejaran mengutip duit syiling yang bertaburan akibat kemalangan di Lebuhraya yang sama, kali ini beras dikaut untuk habuan makan, membiarkan mangsa di tepi tanpa tindakan peri kemanusiaan.
Kebingungan. Seperti ada satu ‘petanda besar, bagai ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan perilaku masyarakat kita kebelakangan ini.

11 Mac 2011, seluruh penduduk dunia terkejut.
Sesuatu yang tidak pernah dicatat oleh sejarah, Pantai Timur Laut Jepun dilanda gempa bumi paling dahsyat berukuran 8.9 pada skala Richter. Gegaran yang begitu dahsyat mengundang bencana yang paling menakutkan iaitu gelombang Tsunami. Tanpa berlengah, ombak setinggi 10 meter menghempas pantai dan menyapu segala yang berdiri di muka bumi, ‘tanpa belas kasihan’.

Tidak pasti apa yang mahu diungkap, selain berdoa agar kejadian itu tidak mengulangi penderitaan kesan Tsunami di Sumatera pada Disember 2004 yang lalu apabila lebih 200 ribu nyawa terbunuh di sekeliling pantai Lautan Hindi. Gelombang Tsunami kali ini menggoncang perairan Lautan Pasifik hingga melimpahkan kesannya ke perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, serta Sabah dan Sarawak.
Subhanallah!

Hanya pernah sekali menjejakkan kaki ke bumi Jepun, kenangan di bumi Ibaraki, menambah ‘rasa terkait’ dengan apa yang berlaku apabila gempa bumi dan Tsunami turut memusnahkan kawasan yang indah dan permai itu.
Namun kesedihan dan debar menyaksikan satu demi satu laporan berita di media, terpukul oleh beberapa siri laporan berita media tempatan yang membingungkan.