Friday, March 25, 2011

Minggu-minggu terakhir

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullah..
Alhamdulillah, sempat juga mengupdate blog hari ini. Sekarang, apabila masuk minggu-minggu terakhir semester 2, ikhtibar, kuiz, kelas ganti dan program semakin bertambah. Allah sahaja yang tahu betapa semangat diri ini teruji. Tetapi, berhadapan dengan kepadatan waktu inilah, jelas terasa betapa menuntut ilmu memerlukan mujahadah yang sungguh-sungguh. Letih dan lelah itulah yang membuatkan kehidupan bergelar penuntut ilmu cukup manis dan bermakna. Pesan seorang muallim, sedangkan sahabat Rasulullah s.a.w sanggup bermusafir, merentas padang pasir berbulan-bulan lamanya semata-mata untuk menuntut ilmu dengan alim-ulama malah ada sahabat yang sanggup bermusafir jauh hanya untuk mempelajari satu hadis, umat zaman sekarang mesti lagi kuat usaha. Banyak kemudahan yang Allah telah bagi pada kita dalam menuntut ilmu. Berjalan tidak sampai setengah jam ke kuliah, alim-ulama, ustaz ustazah dah ada depan mata. Kitab-kitab, bahan bacaan, blog dan laman web ilmiah juga sangat banyak. Maha PemurahNya Allah..beruntungnya kita menjadi hambaNya.


Kalau untuk pelajar Diploma Syariah Sem 2 di Unisza, nak belajar Fiqh Sirah? boleh pilih, nak jumpa Ustaz Daud atau jumpa ustaz-ustaz lain. Nak belajar atau tanya apa-apa tentang Mutalaah Ta'bir, boleh jumpa Ustazah Zaiton, Ustazah Nik Mursyidah dan ramai lagi. Fiqh Mazhab Syafie? Ustaz Faizol ada, Ustaz Engku Tajudin ada, Ustaz Shahirudin pun ada. Betapa ramai lagi muallim dan muallimah yang Allah sediakan untuk memudahkan kita dalam menuntut ilmu. Ini di universiti saya, di tempat belajar sahabat-sahabat sekalian pasti serupa juga. Semua bergantung atas usaha dan keinginan kita untuk menuntut ilmu. Menuntut ilmu satu perkara, Beramal dengannya pula satu perkara yang amat penting. Sesungguhnya Ilmu tanpa amal ibarat pokok tetapi tiada buah dan ketahuilah, Ilmu tanpa amal, sia-sia. Dengan amallah sebenarnya kita bersedia untuk menghadapi Hari Terakhir dalam hidup kita. Amal adalah saham akhirat kita. Semoga kesibukan menuntut ilmu tidak melalaikan kita untuk beramal pada Allah. Ameen..

Doaku, moga-moga sahabat-sahabat kasih fillah sekalian dan juga diri sendiri akan terus kuat berusaha dan istiqamah menghadapi ujian sepanjang menuntut ilmu. Mengambil pesanan ibunda tercinta, "Setiap kali berdepan kekalahan atau kegagalan, jangan terus patah semangat. Bersangka baiklah pada Allah. Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah berikan apa yang kita perlu, yang paling sesuai untuk kita, bukan apa yang kita mahu. Yakin pada Allah! ". Sama-sama kita hayati sepotong hadis Nabi s.a.w, "Alangkah peliknya keadaan orang mukmin itu. Semua perkaranya adalah baik. Jika mendapat kebaikan, lalu dia bersyukur, maka itu menjadi satu kebaikan baginya. Dan jika ditimpa musibah, lalu dia bersabar, maka itu juga menjadi satu kebaikan baginya."

Salam jihad fisabilillah buat teman-teman seperjuangan!
Buat sahabat-sahabat dan adik-adik SHAMS tersayang khususnya mereka yang sudi luang masa menghubungi dan mendoakan diri ini, Syukran Jazilan! Jazakumullah khairan katsira! Saya rindukan kalian..teramat.. Walaupun kita semua jauh terpisah, kalian tak akan saya lupakan. Kata orang, jauh di mata, dekat di hati. Rasa terharu, rasa malu pada Allah, walaupun saya bukan sahabat atau saudara yang baik, banyak kurang dan salah silap, mereka masih sudi menghubungi, bertanya khabar, bertukar cerita dan berbual melepas rindu.  Sungguh, Allah hadiahkan saya saudara-saudara dan sahabat-sahabat yang sangat baik. Cuma saya tidak pandai menghargai mereka, aasif jiddan ya rafik sekalian..maafkan diri ini. Sehingga hari ini, semua insan yang saya kenal sepanjang hidup, selalu berbuat baik terhadap saya. Hanya Allah yang dapat balas segala kebaikan kalian. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuranku hanya pada Allah. Semoga Allah meredhai seluruh kehidupan kalian. Uhibbukum lillah... Barakallahu fiik!! (^_^)

P/S: Teringat kata-kata nakal dan lucu anak saudaraku sewaktu menghubungi keluarga, katanya "Cik Yu, abang tak boleh cakap telefon lama-lama sangat, habis kredit abang kekgi"  (",) Terdiam, siapa yang telefon siapa ini? Ya Allah, Rindunya pada keluarga dan anak-anak saudara. Allahu yubariku fiikum..

2 comments:

annaalthafunnisa said...

uhibbuki lillah aidhon ya humaira'!
good luck exam! do the best, beat the rest! make doa 4 me too k..

ps: hehe,anok sdare yg name saifullah tu ke kbo g2? msti besor dh die,dulu dop pndai ckp lg op. saye rase die nok nasihat ke cik yu die tuh, jgn bazir kredit...hihihi...
gura2 je. sayang sokmo! ;)

Annisa Asyifa said...

syukran cik anna, ameen..ameen.. inshaAllah (^_^) huhu..ye,saifullah yg cakap cm2..sekarang die dah petah bercakap..macam-macam ceritanya. tu la, kna jimat kredit, tp utk call family, xapa.. ;)..sayang cik anna juga!