Friday, September 16, 2011

Sebuah Perjalanan~Al-Haramain..

Assalamualaikum, Alhamdulillah..segala puji bagi Allah Taala, akhirnya Dia menggerakkan juga diri ini untuk mengupdate blog yg sudah hampir 3 bulan sepi. Tiga bulan yg agak sibuk, padat dan menguji diri. Semester kali ini berbeza dengan dua sem sebelumnya, subjek2 yg lebih berat (kena usaha sungguh-sungguh utk faham dan ingat) ditambah dengan program-program universiti dan amanah-amanah yg perlu dilaksanakan, terasa masa sgt cepat berlalu. 'Ala kulli haal,alhamdulillah..setiap perkara sentiasa Allah sediakan hikmah yg tersendiri. Subhanallah..Maha Baiknya Allah bukan? :)

Masjidil Haram yang penuh keberkatan
dan rahmat di dalamnya..
Di awal Ramadhan baru-baru ini, tanpa disangka-sangka, Allah takdirkan saya sebuah perjalanan yg cukup menginsafkan diri. Allahu Akbar.. Perjalanan untuk menziarahi rumahNya, Kaabah.. Umrah kali pertama seumur hidup. Alhamdulillah summa Alhamdulillah, walaupun hanya 2 minggu sahaja tapi itulah perjalanan yang paling berharga dalam hidup. Siapa yg tidak bahagia menjadi tetamu Tuhan Yang Mencipta kita, Yang Menjaga kita selama ini, Yang Sentiasa Bersama kita sejak azali, Yang Memberi rezeki dan nikmat kepada kita selama ini?

Kita sama-sama mengimpikan peluang ini cuma bila masanya, dalam perancangan Allah Yang Maha Mengetahui. Sama-sama pasang niat, berdoa sungguh-sungguh pada Allah, moga impian itu terlaksana. =) Mengambil pesanan ringkas dan padat Pak Cik Hassan, ketua jemaah umrah kami,kata beliau: "Kita datang sini bukan beribadat dan doa utk kita sahaja tp kita jadi wakil utk doa kepada mereka yg xdpt pergi. Kita kena doa hidayah utk umat seluruh alam, doa utk saudara2 kita, sahabat2 kita dan doa utk umat Islam. Kalau kita doa utk org lain, para malaikat pula akan mendoakan kita."

Sejak tahu boleh pergi umrah, hati sentiasa dalam keadaan sebak. Betul-betul tak sangka, Allah beri juga peluang utk saya menjadi tetamuNya. Teringat waktu budak-budak dulu, bila cikgu atau kawan2 tanya, apa impian kamu? Saya selalu jawab: " Antara impian sy sebelum saya mati, sy nk sgt naik kapal terbang, pergi umrah dan haji dan melancong kat pulau." Syukur,semua impian itu Allah makbulkan. Tapi, jauh di sudut hati, terasa kematian semakin dekat dan amat dekat sebabnya semua impian sebelum mati itu, Allah dah jadikan kenyataan. Hakikatnya ini semua peringatan dari ALLAH, mati itu sangat dekat dan malaikat maut selalu menjenguk kita, cuma diri kita yg sering lupa, berhibur setiap masa. Rasa takut, amal belum cukup, Allah terimakah diri ini dalam kalangan yang Dia Redha? Ampunkan hamba, ibu bapa hamba dan seluruh muslimin muslimat di muka bumi ini ya Allah. Ighfir zunuubana ya Allah..

Sedikit coretan perjalanan di bumi Al-Haramain~

Ziarah Madinah Al-Munawwarah

Sbhgian jemaah dari M'sia, mnunggu waktu berbuka..
Saya serta ummi, abah, adik bongsu, abang dan isterinya selamat sampai di Jeddah, 2 jam sebelum waktu berbuka. Kalau ikut waktu Malaysia, sepatutnya dah berbuka tp memandangkan Mesir awal 5 jam dr Malaysia, kami perlu tunggu waktu berbuka mesir jg. Pertama kali berbuka dengan kurma muda dan air zam-zam shja. Usai solat Maghrib, naik bas ke Madinah dan alhamdulillah, selamat tiba di Madinah kira-kira pukul 2 pagi. Bergenang air mata melihat masjid Nabawi, masjid Rasulullah s.a.w dgn mata sendiri.  Di sini jugalah letaknya tempat tinggal Nabi. Allahu akbar! Teringat kembali sirah Nabawiyah yg didengari dan dipelajari selama ini. Ya Habiballah..salamun 'alaik! Berkat pengorbanan,usaha dakwah Nabi s.a.w dan para sahabat r.anhum, kita umat Islam hari ini dapat merasai nikmat Iman dan Islam. 

Suasana sibuk hadapan Masjid Nabawi..

Kagum melihat Masjid Nabawi sentiasa penuh dan sibuk dengan umat Islam yg berlumba-lumba meraih redhaNya. Siang malam, tak pernah sunyi dari manusia yg mengimarahkannya. Teringatkan masjid-masjid di Malaysia. Bagaimana keadaannya? Dan siapakah yg betul-betul usaha utk jaga solat fardhu 5 waktunya di masjid? InshaAllah...ada, yakni mereka yg betul2 yakin dengan janji-janji Allah. Kalaulah Rasulullah ada bersama kita.. 

Masjid Nabawi...
Raudhah dan maqam Rasulullah s.a.w.

Sepanjang berada di Madinah, kami berusaha cari waktu utk masuk ke Raudhah dan ziarah maqam Nabi. Bimbang bertembung dengan jadual ziarah sekitar Madinah oleh travel agency. Setiap masa orang berebut-rebut utk masuk ke Raudhah, salah satu tempat dlm Syurga yg Allah turunkan di dunia, subhanallah! Akhirnya, slps bbrpa kali mencuba, dapat juga kami menziarahi maqam Nabi. Selawat dan salam ke atasmu ya Rasulullah.. Selama ini daku beriman dgn Allah dan Rasulullah, baru kali ini dapat menziarahi masjid dan maqam RasulMu Ya Allah. Berdebar hati melihat ramainya orang tolak-menolak sampai ada yg dipijak utk bersolat di Raudhah, dalam keadaan suasana penuh tangisan memohon keampunan..Allah! Mencelah sambil berusaha mencari ruang dan terus bersolat. Memohon keampunan dan keredhaan Allah, memohon pertolongan Allah dalam setiap perkara.. Ya Allah, maqbulkanlah doa-doa kami yg memberi manfaat kpd kami. Amiiin...

Baitullah...

Baitullah..
Bermula perjalanan kami menziarahi Baitullah selepas 4 hari menziarahi Madinah Al-Munawwarah. Sepanjang perjalanan, selepas berniat ihram di Masjid Zulhulaifah, suasana bas diisi dengan suara-suara melafazkan talbiah.. "Labbaikallahhumma labbaik....". Perjalanan yang membuatkan hati terus-terusan dalam keadaan hiba,sebak. Ya Allah..kami datang ke rumahMu ya Allah, menyahut seruanMu ya Allah... Dan saat melihat Kaabah, air mata bercucuran. Terlontar kalimah Allah..Allah..Allahu Akbar dari mulut dan hati seorang hamba yg kerdil ini . Hanya Allah yang Maha Tahu hati hamba-hambaNya. Terasa gerun dan kerdil diri ini melihat jutaan manusia berduyun-duyun datang menziarahi rumah Allah, mengambil peluang beribadah di rumahNya dalam bulan Ramadhan. Ya Allah..berkatilah kami semua hambaMu ya Allah..amiin.

Pengalaman berihram, bertawaf dan bersaie, berpuasa dan bertarawih dalam bulan Ramadhan, menyedarkan kami erti jihad dan pengorbanan. Teringat kisah ketaatan dan kuatnya mujahadah Nabi Allah, Ibrahim a.s tatkala Allah memerintahkan Baginda meninggalkan isteri tercinta, Siti Hajar dan anaknya, Ismail a.s di tengah panas padang pasir. Terbayang pula kisah bagaimana usaha Siti Hajar berlari-lari anak dari Bukit Safa ke Marwah sebanyak 7 kali kerana mencari air utk anaknya yg kelaparan. Maka, iktibar dari peristiwa inilah, disyariatkan haji dan umrah. Peristiwa-peristiwa ini bukti hakikat perjuangan itu pahit kerana syurga itu terlalu manis. Setiap pengorbanan itu ada hikmah tersembunyi dari Allah.. Segala puji hanya bagi Allah!

Berada di Makkah dan Madinah membuatkan sy terimbas kembali sirah-sirah Nabawiyah. Seakan-akan terdengar penerangan Fiqh Sirah oleh ustaz, semester lepas. Begitu banyak teladan yg boleh diambil. Setiap tempat yang diziarahi, ada peristiwa penuh pengajaran disebaliknya. Bagaimana susah perit Nabi berdakwah, ujian-ujian yg ditanggung Nabi s.a.w dan para Sahabat baginda r.anhum demi agama, peristiwa peperangan demi mempertahankan Islam dan kuatnya ketaatan para sahabat sahabiah dalam amal agama. Tak tergambar.. Cukuplah peristiwa Bilal r.anhu kekal beriman walaupun menderita diseksa dan peristiwa as-syahid saidina Hamzah r.anhu yang jasadnya luka parah dengan hatinya hancur dikunyah Hindun. Moga2 pengorbanan para sahabat Rasulullah mampu kita contohi walaupun sedikit demi sedikit. InshaAllah!!

Kedai Kurma..lautan kurma,nikmat dr Allah.. :)
Tak ada pokok tapi sangat banyak buah..rezeki datang dr Allah! 
Sempat bertaaruf selepas saie..
 Adam wa Sayyidah Zainab min Turkiye :)
Sementara tunggu waktu solat, babysit
Khaulah min Urdun.. Ibunya pergi tawaf.. :)
Menara Jam dari jauh..still under construction

Kata seorang alim: Islah nafsak, wad'u ghairak.. Perbaiki diri dan berdakwahlah kepada orang lain. Akhir kalam, semoga Allah sentiasa pilih kita menjadi tetamuNya bukan hanya sekali tetapi berkali-kali. Aamiiin.. Barakallahu lakum! :)

P/S: Sahabat-sahabat, doakan semoga Allah bantu diri ini yg bakal menghadapi final exam semester 3, bermula awal bulan Oktober ini. Semoga kalian juga dibantu Allah.. Buat sahabat Unisza, moga2 kita sama-sama mampu buat yg terbaik utk final kali ini. Umat Islam harus cemerlang! Man jadda wa jada!! (^_^)

6 comments:

Saefullah said...

Semakin kuat azam nak ke sana. Allahuakbar.

ain syahirah zulkifly said...

Subhanallah....
Diri ini sentiasa tertanya-tanya bilakah akan menjadi tetamunya...
Alhamdulillah,kak solihah dapat rasainya..moga terus diberkati...

srikandi ikhwan said...

haa..akhirnya..sebak bce entri kali nie..mngkn krn diri ini blom layak utk m'jd ttamu Allah..

Annisa Asyifa said...

saefullah,terus kuatkn azam dan perbanyakkn doa, semoga Allah maqbulkan hajat nta..amiiin.

dik ain, alhamdulillah..inshaAllah nnt smpai masa,ain plak yg pg.. =)

ain,syukran sgt2 ats sgla budi baik ain,hnya Allah yg dapat balas.. inshaAllah,ain dpt jg pegi nnt..same2 kite doa pd Allah. =)

syakira said...

kak Solihah,sebak bace.. Doakn kira jg dbri pluang mnjd tetamuNYA.. Doakn kira d ngara org ni.. :) uhibbuki fillah!

Annisa Asyifa said...

kira,amiiin..smga hajat kira dmakbulkn Allah.. Dan semoga kira n smua dlm plindungan Allah slalu. amiiin.. Jaga diri bebaik! Uhibbuki fillah! (^_^)