Friday, February 25, 2011

God always move in a mysterious way…


Saya sering diuji dengan apa yang saya tulis dan ucapkan. Acap kali apa yang saya tulis dalam buku, majalah atau blog mahupun sekadar coretan untuk teman-teman, terjadi pula pada diri saya dan keluarga. Justeru, pernah sampai ke tahap saya rasa takut untuk menulis… takut kalau-kalau apa yang saya tulis akan kembali menimpa dan ‘menguji’ diri saya.

Banyak yang saya tulis adalah apa yang saya telah lalui sendiri. Bukan hari ini, minggu ini bahkan puluhan tahun yang lalu. Ertinya, saya menulis daripada pengalaman sendiri – sama ada yang baik mahupun yang buruk. Tetapi ada juga yang saya tulis berdasarkan pengamatan pada hidup orang lain. Saya tidak melaluinya… tetapi saya selami dengan sikap simpati malah empati. Lantas saya garap kembali dengan fikrah Islami dan fitrah insani. Seadanya! Setakat secebis kemampuan ilmu yang ada.

Pada jurus yang kedua inilah saya sering diuji. Apa yang menimpa orang lain turut menimpa saya. Saya tercari-cari mengapa itu terjadi? Benarkah niat saya untuk berhenti menulis (kerana takut) itu adalah suatu yang tepat dan betul? Begitulah hati saya kerap bertanya-tanya.
Lama juga saya terperuk dalam kemelut rasa yang berbelah-bagi itu sehinggalah pada suatu ketika tiba-tiba saya diterjah oleh satu peringatan yang datang dari dalam diri sendiri. Lalu saya tuliskan dalam diari harian dengan kata:
“Bila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita diperkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia!”

Dengan kesimpulan itu saya teruskan menulis. Biarlah. Semoga saya juga terdidik dengan tulisan-tulisan sendiri. Saya sering merasakan kekadang seorang pendakwah menjadi ‘jambatan’ kepada orang lain untuk mendapat hidayah. Jadi apa salahnya ‘jambatan’ itu dilalui oleh dirinya sendiri.

Kekadang saya sendiri rasa pelik bila saya membaca kembali tulisan-tulisan dan buku-buku saya sendiri. Bukan untuk rujukan buat menulis atau mencari idea baru…. tetapi saya tatap pada waktu tersunyi dalam hidup untuk bermuhasabah dan ‘menghukum’ kealpaan diri. Ah, kiranya semua yang pernah saya tulis mampu saya amalkan, alangkah indahnya. Cuma saya terus berharap dan berdoa… kita tidak akan mengalah walaupun sering kalah.

Saya juga seperti saudara/i, ada kalanya kelelahan dengan ujian hidup yang bertali arus. Lepas satu, satu. Life is to solve problems, begitu kata bijak pandai. Namun Allah telah lama mengingatkan kita melalui Al Quran bahawa mati dan hidup dijadikan untuk menguji kita siapakah yang terbaik amalannya? Kembali surah Al Mulk mengingatkan kita.

Marilah kita berjanji pada diri, bahawa kita tidak akan menjadi ‘munafik’ sama ada dari segi lisan dan perbuatan. Kita tidak akan berpura-pura dalam mengharapkan yang baik dan makruf. Biarlah kita menuai iktibar, dari denai mujahadah ini. Saya ingin menjadi insan yang seadanya sahaja dalam menghulur tangan setulus mungkin buat bersama menyusuri jalan Ilahi ini. Mungkin tangan ini yang akan membimbing saudara/i, dan mungkin tangan saudara/i juga yang akan membimbing saya.


Hati Sebesar Cawan dan Hati Sebesar Kolam



"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.

"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Thursday, February 24, 2011

Syukur, tamat test pertama..

Assalamualaikum,
Syukur pada Allah, berakhir juga hari-hari yang penuh dengan test dan kuiz. Test pertama untuk subjek Mutalaah Ta'bir, Nahu Sorof, Fiqh Muamalat, Kenegaraan dan English telah selesai dan hari ini, test Ulum Quran juga selesai. Alhamdulillah, rasa sedikit lega walaupun kesemua test agak payah. Semester 2 yang semakin mencabar. Setiap kali test tamat, masing-masing memandang sesama sendiri, mohon simpati sesama sendiri. Ya Allah, banyaknya ilmu yang kami gagal manfaatkan dan yang kami lupa. Tawakkal pada Allah, moga-moga kami berjaya. Amiin.

Ya ALLAH, permudahkan kami jalan ke syurga, Amiiin..

Esok, insyaAllah, ada pertandingan Debat Bahasa Arab. Pendebat Unisza lawan pendebat UIAM. Dengar cerita, salah seorang pendebat Unisza ialah Kak Latifah, kakak sesyukbah yang berasal dari Thailand. Nampak luaran orangnya simple sahaja, tak sangka Kak Latifah fasih cakap Arab. Sepanjang belajar di Unisza, bila dengar lecturer-lecturer fasih berbahasa Arab, rasa teruja walaupun banyak juga yang tak faham. Kata Ustazah Zaiton, entum bila lagi kalau tak berlatih dari sekarang? Cabaran dan semangat buat diri sendiri! Beruntungnya mereka yang belajar dan pandai Ilmu Bahasa Arab apatah lagi yang pandai cakap Arab. Bahasa Al-Quran, Kalamullah almunazzal ala rasulillah..
Akhir kalam, al-ilmu nur! Tuntutlah ilmu kerana Allah.. 
Wallahu'alam... 

Saturday, February 19, 2011

Kalaulah kita...

Bismillahirrahmanirrahim, In The Name of Allah the Most Gracious and The Most Merciful.
Alhamdulillah, hari ini, saya kongsikan satu lirik nasyid saya rasa cukup mendalam maknanya. Muhasabah diri sendiri dan  juga buat sahabat-sahabat.  Pertama kali dengar nasyid ini, rasa tersentak. Terasa diri ini sedang ditegur secara halus.
Surah Assyuara; ayat 62 dan 82
Sama-sama renungkan..terokai hati kita sendiri. Sejauh mana kita cintakan Dia lebih daripada yang lain?

Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaan-Nya
Kalau Tuhan kita rasakan

Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya

Kalau Tuhan dikenali

Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya
Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal

Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita

Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi
Ya Allah, Engkau terlalu baik pada hamba-hambaMu. Rasa malu dan berdosa yang teramat. Jarang sekali Allah tegur kita dengan beban hukuman yang berat. Sungguh, Allah tak pernah uji kita dengan ujian yang kita tak mampu tanggung tapi kita sahaja yang selalu bersangka buruk.  Maha PengasihNya Allah. Kenapa kita masih tak bersyukur selepas kita nampak betapa banyaknya nikmat, bantuan, perlindungan dan hidayah yang Allah kurniakan pada kita?
Ampunkan kami Ya Allah. Jangan Kau palingkan hati kami dari jalan yang Kau redha.  Rugi dan sia-sianya hidup kami andai itu terjadi. Segala Puji Hanya PadaMu Ya Rabb. Kekalkan kami dalam kesucian agamaMu. Aamiiin...

Tuesday, February 15, 2011

Memandang kepada asal diri

Retrieved from http://langitilahi.com/2011/01/03/motivasi-memandang-kepada-asal-diri/#more-188 


Kekuatan yang utama datangnya daripada mana?
Saya secara jujurnya, tidak menjumpai jawapan yang paling memuaskan untuk soalan itu, selain daripada Allah SWT. Saya perasan bahawa, perkenalan kita kepada Allah SWT, melahirkan kekuatan yang tidak terhingga. Melahirkan semangat yang tidak mudah goyah, melahirkan keutuhan yang sukar untuk dirapuhkan.
Namun bagaimanakah untuk mencapai kekuatan itu? Atau dalam erti kata lain, bagaimanakah hendak mengenali Allah SWT?
Guru saya ada berkata, “Kenalilah Allah, dengan kamu mengenali diri kamu sendiri.”

Sunday, February 13, 2011

Dia pernah mencintaimu

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.
“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.

Persoalan. 
Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?
“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Aneh.
Mencintai insan yang belum ada.
Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.

Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.
Cinta luar biasa.
Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.

SENYUMAN PERPISAHAN

Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.
Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,
Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.

“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.
Wajah itu mengubat rindu mereka.
Tiga hari yang hilang warna dan sepi.
Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.
Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.
Sangka mereka itu senyum kesembuhan.
Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…
Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.
Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.
“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.

Tangan itu rebah terkulai.
Basah dalam bejana air.
Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.
Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.
Merindui saudara-saudaranya.
Kita.

SEBUAH PERTANYAAN CINTA

Justeru…
Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?
Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?
Hati kecil itu tidak mampu berbohong.
Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….

“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]

Retrieved from www.saifulislam.com , ABU SAIF , 68000 AMPANG

Yang pergi dan datang

Assalamualaikum warahmatullah,
Alhamdulillah, dalam kesempatan waktu ini, ingin saya kongsikan dua hikmah kehidupan yang saya pelajari semalam, tentang yang pergi selamanya dan yang datang menjenguk dunia..

Pagi semalam, saya terima satu mesej dari Ustazah Nik Mursyidah, Lecturer Mutalaah Ta'bir Sem 1 saya. Syukur alhamdulillah, beliau selamat melahirkan cahaya mata pertama. Bayi perempuan. Katanya, InshaAllah, bayinya itu akan diberi nama Nik Nur Khadeeja AnNabrawi. Tahniah Ustazah..Mabruk 'alaik! Semoga zuriat ustazah jadi muslimah yang solehah dan mukminah. Amiiin.. Rasa gembira menerima berita ini. Akhirnya Allah membuka rezeki buat Ustazah menerima cahaya mata. Maha Pengasih dan Maha Penyayangnya Allah Taala yang mengurniakan...

Lewat petang, saya terima mesej dari seorang sahabat sesyukbah. " Ummi kepada Amirah Solehah telah kembali ke rahmatullah sbntar tadi. Sama-sama doakan kesejahteraan Umminya. Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Innalillah wa inna ilaihi raji'un." Kelu.. Ummi sahabat saya, Amirah telah meninggal dunia. Takziah buat Amirah.. InnAllaha ma'ana.. Semoga Amirah kuat dan tabah hadapi ujian Allah ini. Setiap yang hidup itu pasti akan merasai mati. Kematian.. Takut.. Mati itu di luar pengetahuan kita. Siapa tahu bila ajal tiba? Bimbang.. Apa amal yang akan saya persembahkan? Banyak mana pahala yang saya ada? Saya rasa macam dosa saya lagi banyak. Redhakah Allah pada saya ini? Sudikah Allah menerima saya sebagai penghuni Syurga? Nastaghfirullah.. Sesungguhnya kubur itu merupakan salah satu taman syurga atau salah satu lubang neraka. Ya ALLAH, redhailah seluruh kehidupan kami. Kurniakan kami pengakhiran yang baik. Tempatkan kami dalam kalangan hamba yang soleh dan solehah. Aameeen..

Wallahua'lam..

Thursday, February 10, 2011

Peace...



Assalaamualaikum [Peace be to you]

Islam has professed the use of the Islamic greeting when encountering another Muslim or leaving the company of another Muslim because it unifies the hearts and strengthens bonds between Muslims.

The prophet Muhammad -peace be upon him- said, "I swear by the one whose hand my soul is in that you will not enter paradise until you believe. And you won’t be believed until you love one another. May I tell you something, that if you practice it you will love another, spread the SALAM* [Islamic greeting] among you." This makes it clear to us, that spreading SALAM among Muslims is the first step towards paradise. This is because spreading SALAM leads to increasing the love between our hearts. And the increase of love between our hearts will increase the Iman [faith]. *SALAM means peace in Arabic

The prophet -peace be upon him- also said: "O you people, spread salam among you, serve the food [to the poor], behave kindly with your blood relations, and offer prayer at night when others are asleep, and you will enter paradise safely."

One day, a man asked the prophet -peace be upon him-, "what in Islam is the best?" He answered, "To feed [poor] people and to say SALAM to everyone whether you know them or not."

The complete form for the Islamic greeting is Assalaamu'alaikum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh which mean peace, mercy, and blessings be upon from Allah[God] the Almighty. This is because it's reported that a man came to the prophet -peace be upon him- and said, "Assalamu Alikum.[peace be to you]" The prophet responded and the man sat down. The prophet said, "Ten rewards*." Another man came and said, "Assalamu Alikum Wa Rahmatullaah.[peace be to you and God's mercy" The prophet responded and the man sat down. The prophet said, "twenty rewards."

Then another man came and said: "Assalamu Alaikum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh (peace be to you and God's mercy and blessings)". The prophet responded and the man sat down. The prophet said, "thirty rewards."
*what is a reward? 

Allah[God] gives a reward for every good deed done by a person. so ten rewards means "counted as ten good deeds"

When a muslim greets another muslim with the SALAM, this last one has to reply "Wa alaikum assalaam"[and upon you be peace] or the complete form "Wa alaikum assalaamu wa rahmatullaahi wa barakaatuh"[and upon you be peace and God's mercy and blessing]

The Scholars have agreed that starting with salam is highly recommended. And responding is obligatory because Allah[God] the Almighty said in the Qur'an, (chapter 4, verse 86), what can be translated as, "And when you are greeted with a greeting, greet with a better (greeting) than it or return it; surely Allah takes account of all things."

Now here's a question:
what if I don't say the SALAM when I see other people?
the answer is: it's up to you if you don't want to be polite, get a reward from God or don't want to get people's respect and love.






From the Etiquette of Salam in Islam:
The one who comes greets the people that are present.
The one who is riding greets the one who is walking.
The one who is walking greets the one who is sitting.
The smaller group greets the bigger group.
The young greet the elder.

Wallahu'alam... http://nayzak.deviantart.com/

To whom it may concern

Retrieved from http://langitilahi.com/2011/02/04/525/
To whom it may concern,
I’ve known you for so long. From the day I could walk till the moment I’m writing this letter of my heart. 

I don’t know what to say actually and I feel a bit nervous writing this letter. I don’t know whether you will read this. But if you’re ever to read this, it would be one of the greatest wonderful memories I will ever have!
The English proverb may say “To err is human” but in my collection of proverbs says “Wallahi you are perfect!”

At first, I didn’t really understand why people had obsessive love towards you. They would give their lives in order to protect you, their backs would become your shield from unlettered arrows piercing your heart, and their bodies would defend you from being slashed by swords.
But now, I understand, really understand why. Because you are here to perfect good manners.[1] If you are gone, then everything will bygone. I would not exist in this true path. 

Your life has mesmerized mine. I tried to follow your life. I tried to be like you. I’ve tried and I’m still trying but I’ve failed many times.
You have inspired me many times. 

I have never tested with the death of my closest kin. But you underwent a complete suffering. You were an orphan when you were young! You lost your parents, uncle, grandfather, your wife and your sons. You raised yourself by being a shepherd. But my life was fulfilled with everything needed for me. You have taught me the meaning of “No pain no gain.”

There were times when I felt that Solaah is boring. It’s like a burden. Sometimes I felt it’s just a waste of time. But I remember your bruised feet praying. I am only asked to pray five times a day but you! You are made compulsory to pray the whole day even at midnight![2]
 
Your existence has made me in love with you. You are my love. I would say “I love you” or “Bahibbak awi awi” or “Uhibbuka Fillah” or “Ai shite iru” or “Wo ai ni” out loud for the sake of you. I love you because you love Allah and you make me closer to Allah.
Some people may say that I’m gay saying that I love a man. It’s abnormal others may claim. 

But please judge me all you want, keep the verdicts to yourself, because no matter who you love, they will always be obstacles and critics and good looks on everything.
And I wanna get close to you because you are close to Allah so I cry my heart out, I let it all go because after every rainfall must come a rainbow and trying to forget someone you love is like trying to remember someone you never even met. 

And I am sure that I will never forget you because you are implanted in my blood.
Because we have known for so long, I have one request. It’s kinda like impossible.
I do love you, but I have never seen you. My request is, when is it the time for me to meet you? When will we sit down together and chit chat? When can we share our life experience together? Isn’t sharing is caring? 

Huhu… It’s kinda impossible for me to meet a great man such as yourself.
Yeah. I’m not taught to love your physical attributes. I haven’t seen you but yet, you are so close to me. I know that I can’t reach you but yet you are there for me.
You asked us whenever anybody feels love towards someone, say “I love you”.[3] This time, I want to return the favor as I have never done it yet.
“I love you” min somimil Qolbi!
I remember your call before you passed away.
But now I’m waiting for you to call me again on the judgment day.
Because I’m nothing without you.

I Love you! Rasulullah, 
and I’m in Love!


[1] “The only reason I have been sent is to perfect good manners.” (Muwatta, Book #47, Hadith #47.1.8)
[2] Surah Muzammil verse: 1-7
[3] Narrated Anas ibn Malik:

A man was with the Prophet (peace_be_upon_him) and a man passed by him and said: Apostle of Allah! I love this man. The Apostle of Allah (peace_be_upon_him) then asked: Have you informed him? He replied: No. He said: Inform him. He then went to him and said: I love you for Allah’s sake. He replied: May He for Whose sake you love me love you!

Sakit....Mati

”Tiada sesuatupun bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu bergembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi menyombongkan diri.” (Al-Hadid:22-23)


Sahabat, Abdullah bin Mas’ud ra. berkata: Saya menjenguk Rasulullah saw. sedangkan beliau sedang menahan sakit kerana demam, saya berkata: ”Wahai Rasulullah, sungguh engkau kelihatan sedang menahan rasa sakit yang berat?” Rasulullah saw. berkata: ”Benar, sesungguhnya saya sedang menahan sakit sebagaimana dua orang di antara kalian.” Abdullah berkata: Saya berkata:

”Hal itu kerana engkau mendapatkan dua pahala.” Rasulullah saw. menjawab: ”Benar”, kemudian baginda melanjutkan: ”Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.” (HR. Bukhari-Muslim)

Terubat hati dan jasad saat membaca hadith ini.

Semua orang pernah sakit. Rasulullah S.A.W sendiri pernah mengalami sakit. Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah.

Dalam waktu lain, Rasulullah menjenguk Salman al-Farisi yang sedang berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah swt., doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”

Rasulullah juga melarang kita mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda.

“Janganlah kamu mencela demam. Kerana sesungguhnya demam itu menghakis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosamu.” ( As Syura: 30)
(Iaitu Tuhan) yang telah menciptakan aku, Maka Dialah yang menunjuki aku. Dan Tuhanku, yang Dia memberi makan dan minum kepadaku. Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku. Dan yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali). Dan yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat” (Asy Syu’araa’: 78 – 82)

Sakit mengingatkan diri kepada hakikat kematian. Ingat mati insyaAllah akan menyuburkan keimanan. Syeikh Said Hawwa Rahimahullah di dalam bukunya "al-Mustakhlas fi tazkiyyatin nafs" ada menyebut bahawa mengingati mati sebagai salah satu cara berkesan untuk menyucikan jiwa manusia dari kotoran mazmumah.
Semoga sakit ini adalah sebahagian dari proses tarbiah buat diri ini, wahai sakit, tarbiyahlah hati ini agar dia lebih kuat mengingati penyembuh sakit ini dan pemilik hati ini.. Allah rabbul ‘Izzati…

Retrieved from http://usrahkeluarga.blogspot.com/2010/10/bila-sakit-menyapa_02.html

Tuesday, February 1, 2011

Akhirnya..

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Raheem,
peliharalah, lindungilah,
saudara-saudara hamba di sana, 
sahabat-sahabat hamba di sana...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini berkata kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail.

"Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir," katanya kepada Bernama di sini.

Antara langkah berkenaan ialah meminta kapal Bunga Mas 5, iaitu sebuah kapal serbaguna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang sedang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah yang terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan dari selatan Kaherah, bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan.

"Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita," katanya.

Najib juga berkata bahawa beliau sudah berunding dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk meminta syarikat penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.

"Mereka (MAS dan AirAsia) akan memaklumkan kepada saya esok mengenai kemungkinan menggunakan pesawat mereka untuk tugas ini," katanya. Beliau berkata kerajaan juga akan berusaha membawa pelajar-pelajar Malaysia ke Jeddah untuk ditempatkan sementara di pusat Tabung Haji di sana sehingga ada penerbangan pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun menurutnya ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuk urusan visa pelajar berkenaan.

"Kerajaan sedang berurusan dengan kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan kebenaran khas membawa para pelajar kit ke Jeddah," kata Najib.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan memberi maklumat lanjut mengenai perkara itu kepada pelajar dan ibu bapa esok.

Sementara itu Kohilan yang berada di Kaherah ketika dihubungi Bernama hari ini berkata pesawat C-130 Charlie Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga akan digunakan bagi membawa keluar pelajar Malaysia di Mesir secara berperingkat ke negara jiran terdekat.

Katanya Dewan Malaysia Abbasiyah, Rumah-Rumah Negeri di Kaherah, dan Rumah MARA di Iskandariah menjadi kawasan perlindungan selamat kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.

"Bagi memastikan keselamatan di sana (rumah perlindungan) serta keperluan harian mencukupi, kerajaan akan meningkatkan kawalan keselamatan serta menyalurkan dengan segera bekalan makanan serta keperluan yang lain," katanya.

Terdahulu beliau dan Sahlan Ismail yang mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai Rumah Negeri dan wakil-wakil pelajar di Mesir, mendapati rata-rata pelajar Malaysia berada dalam keadaan terkawal dengan moral mereka tinggi.

Sementara itu, Sahlan berkata pegawai kedutaan ditempatkan dengan segera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk membantu pelajar dan warganegara Malaysia yang terkandas.

"Kami hadapi masalah untuk berikan bantuan makanan dan minuman ekoran laluan di bandar dan lorong dikawal oleh penduduk Mesir yang berdemonstrasi, jadi tugas pegawai kedutaan adalah untuk menyediakan makanan, dan minuman di samping membantu dalam urusan tempahan tiket," katanya.

Beliau berkata sehingga hari ini 150 pelajar dan rakyat Malaysia yang terkandas sejak Sabtu lepas berjaya pulang ke tanah air dengan pembiayaan sendiri menerusi Oman, Abu Dhabi dan Amsterdam.

"Kami jumpa mereka di lapangan terbang dan beri kata-kata semangat sebelum mereka pulang, kami juga akan usahakan untuk (bawa pulang) yang lain," katanya.

Sahlan berkata dalam masa yang sama rakyat Malaysia atau ibu bapa khususnya dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke Mesir memandangkan amat sukar untuk mendapatkan penerbangan pulang, di samping kesesakan lapangan terbang dan perintah berkurung yang dikuatkuasakan.

Beliau berkata kerajaan dan pejabat kedutaan akan terus menyalurkan maklumat mengenai perkembangan semasa kepada semua pelajar dan pegawai-pegawai Malaysia di Mesir serta kepada rakyat Malaysia.

- Kuala Lumpur, 1 Februari 2011

p/s: Kata seorang alim,pergolakan di Tunisia satu tanda hampirnya hari Kiamat.

When you say..

Assalamualaikum warahmatullah to all friends...

" Place Light in my heart, Light in my tongue, Light in my hearing, Light in my sight, Light above me, Light below me, Light on my right, Light on my left, Light in front of me, Light behind me, place Light in my soul, and make Light abundant for me."
(Sahih Muslim :: Book 4 : Hadith 1680)