Assalamualaikum warahmatullah..selawat dan salam keatas kekasih Allah s.a.w,
Alhamdulillah,hari ini, saya kongsikan satu soalan cepu emas untuk peringatan bersama. Peringatan ini merupakan satu bab dari buku Fanzuru karya Hilal Asyraf. Semoga soalan dan jawapan ini dapat membuka hati kita..seorang hamba biasa yang inginkan keredhaanNya.
Baiklah..soalannya; Adakah sesiapa tahu di manakah kita di sisi Allah swt? Sudah pasti, ada yg akan jawab; Wallahualam..xtahu atau kita akan jawab; Entahlah..agaknya x tinggi. Ada juga yg jawab; InshaAllah, dekat disisiNya..Aaamiin. Untuk merungkai soalan ini, seorang muallim kareem telah memberi satu jawapan. Katanya; "Kalau kamu hendak tahu di manakah kamu di sisi Allah, maka lihatlah di mana kamu meletakkan Allah di dalam hati kamu." Subhanallah..tersentuh hati dgn jawapan muallim ini.
Dalam sebuah hadis qudsi riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah, Rasululah s.a.w bersabda bahawasanya Allah Taala telah berfirman, mafhumnya; Aku adalah berdasarkan kpd sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiku. Apabila dia mengingatiku dlm dirinya, nescaya Aku mengingatinya dlm diriKu. Apabila dia mengingatiKu di dlm majlis, nescaya Aku jg akan mengingatinya di dlm satu majlis yg lebih baik drpd itu. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya aku akan mendekatinya dgn jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sehasta, nescaya aku akan mendekatinya dgn jarak sedepa. Apabila dia datang kpdKu dlm keadaan berjalan seperti biasa, nescaya aku akan datang padaNya dgn pantas.
Allah Taala mempunyai sifat penyayang yang tidak terhingga. Hanya manusia sahaja yang tidak menyedari betapa luasnya kasih sayang Allah Taala.
Persoalannya di sini,di manakah kita meletakkan Allah taala dalam hati kita selama ini? Dalam hidup penuh ragam cubaannya,di mana kita meletakkan Allah? Kita hanya tahu meminta balasan baik, meminta kesenangan, meminta kegembiraan dan meminta itu ini. Tetapi,kita tidak pernah meletakkan Allahu Rabbuna sebagai Prioriti dalam kehidupan kita.
Untuk menyebut, aku cinta Allah, semua orang boleh, tapi siapakah yang membuktikan kecintaannya kpd Allah? Siapakah yg benar-benar meletakkan Allah di tempat tertinggi dalam hidup dan dalam hatinya?
Seorang Tabiin ada berkata " Iman itu bukan hanya angan-angan dan cita-cita, bukan pula dgn bicara kata, tetapi ia apa yang tersemat dalam jiwa dan dibuktikan pula dgn amalannya."
Ini adalah persoalan untuk kita muhasabah diri kita sebenarnya. Bagaimana? Tanya pada diri, "Di manakah kita meletakkan Allah dalam hati kita? Jawablah dengan amal kamu, wahai hamba-hamba Allah.
Syukran..WALLAHU'ALAM.. Allahu yusallimukum..
No comments:
Post a Comment