Sunday, September 5, 2010

Yang Sebenarnya..

Mencintai Allah 
melebihi 
segala-galanya 
adalah kemuncak 
pencapaian hidup manusia. 
Ianya mempunyai getaran, ilham, 
tasbih dan tujuan yang tersendiri, 
getarannya adalah merindui Allah
Ilhamnya sentiasa mencari Allah
Tasbihnya sentiasa memuji Allah 
dan tujuannya adalah untuk 
mendapat keredhaan 
 Allah!

 "Takkan kau temui cinta hakiki selagi kau tidak membuka mata hatimu untuk mencari cinta abadi yang telah wujud dalam dirimu sejak azali..."
"Aku takkan sedih jika kau kecewa dengan hatimu yang tidak kuat menyintai Allah kerana kau takut untuk mendapatkannya."Tapi aku akan terlalu sedih jika kau lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kau terlalu lemah, sebab hatimu terlalu lemah untuk membuka mata hatimu melihat kepastian cinta yang sebenarnya."  "Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar kaki sunyi tanpa berjalan, tapi jangan biar akal sunyi tanpa ilmu dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah s.w.t..."


p/s: nasihat yg dipetik dari sahabat dan saudara kesayangan, Sarah wa Kak Aisyah... Barakallahu lakum!

No comments: