Monday, August 23, 2010

Ramadhan kali ini....

Assalamualaikum, SALAM RAMADHAN KAREEM buat kalian yang datang berziarah. Semoga bulan Ramadhan kali ini jauh lebih baik dari Ramadhan kita yang lepas. InshaAllah... Aaamiin. Ramadhan kali ini agak berbeza dengan Ramadhan yang lepas. Moga2 perbezaan yang kuhadapi ini lebih membawa manfaat kepada iman dan amal. Selepas lima tahun menjalani ibadah puasa Ramadhan di SMKA Sheikh Abdul Malek, kali ini ALLAH mengizinkanku meneruskan perjuangan ilmu di sebuah pusat pengajian ilmu, taqdirku untuk terus berjihad di negeri sendiri. Alhamdulillah..semoga perjuangan ilmuku di UniSZA mendapat keredhaan Allah Taala. Teringat nasihat dan peringatan x-x student dulu, hidup di alam unvrsiti x sama dengan hidup di SHAMS. Kuatkan dasar iman kamu kerana Allah supaya kamu x terkandas di alam U.

Kalau dulu, kita ibaratnya berada di zon selesa dan selamat, atau senang cerita, keadaan sekeliling x begitu mengancam iman kita. Dengan suasana agama yang masih terjaga walaupun x sepenuhnya, kita masih lagi boleh mengawal diri dari anasir-anasir jahat. Bagaimana kehidupan di U? Zon di mana iman kita di uji. Jika kita sendiri melaluinya, kita akan faham cabaran dan ujiannya. Semua terletak atas kehendak kita sama ada ingin memilih yang baik atau yang buruk. Sesungguhnya Hidayah Allah itu teramatlah luas! 'Ala kulli haal, doakan semoga saya dan semua umat Islam di muka bumi ini dalam perlindungan Allah abadan abada.


Belajar...belajar..belajar..ilmu takkan habis ditimba kerana ilmu Allah itu amat luas. Dimana kita belajar, bagaimana keadaannya, siapa mengajar dan apa yg diajar xkan menjadi masalah jika kita ikhlas menuntut ilmu... Paling penting, tuntutlah ilmu yang bermanfaat dan diredhai Allah! Alhamdulillah, Allah kurniakan saya muallim wa muallimah yang baik,sentiasa menyampaikan nasihat-nasihat yang menyegarkan hati. Tinggalnya, nak amal atau x shja. InshaAllah, akanku ingat dan amal nasihat kalian. :)


Dalam liqa' pertama syukbah syariah, Ustazah Sumayyah; muallimah Fiqh Ibadah saya dan sahabat2 kuliah Pentadbiran Islam dan Syariah (Perisya) mengamanahkan kami 3 Perkara Untuk Dipraktik Sewaktu Menuntut Ilmu. 
  1. Ikhlas menuntut ilmu lillahi taala.
  2. Beradab dan hormat muallim muallimah.
  3. Beramal dengan istiqamah. 
Saya bercita-cita nak lahirkan pakar hadis..sebab tu saya suruh awak hafal betul2 hadis ni. Ustaz Faiz muallim subjek Hadis, takharraj fi kuliah diiniyah, mesir memberi semangat. Ya Allah, jadikan hamba salah seorang darinya. Aaamiin... 
 
Ustaz Subjek Tafsir, Ustaz Firdaus menguji saya dan shbt sekuliah, Siapa belajar kerana nak ilmu? Cepat..angkat tangan. Saya bagi dia markah Maqbul terus! Tak yah exam..datang kelas shja. Pada awalnya, ramai yang angkat tangan tapi lepas ustaz bagitahu nk bagi markah sekadar maqbul, semua tangan jatuh. =) Semestinya kita nak berjaya dgn mumtaz..bukan sekadar lulus. Moga-moga kami semua berjaya Dunia Akhirat! Aaamin..
 
 Kitab Mutalaah Tadbir...
 
Ustazah Nik Mursyidah, muallimah Mutalaah Tadbir..tak pernah lupa mengingatkan anak didiknya supaya menghargai ilmu pemberian Allah. Antum Tullab Syariah! Allah pilih antum, jadi jangan sia-siakan peluang dr Allah ini. Begitu juga buat sahabat2 yang course lain, Allah dah buka peluang yang terbaik untuk kalian. Setiap perkara ada mumaiyyizat wa 'uyuubnya.. Belajarlah untuk mengungkap ALHAMDULILLAHI 'ALA KULLI HAALIN WA NASTAGHFIRULLAHA MIN KULLI ZANBIN.. =)
 
 Nota Ustazah Di SHAMS dulu sangat berguna...
 
Subjek Nahu Sorof pula...dah belajar dari Form 4 tapi still x mahir lagi. Kena refresh balik... Pesan ummi, jangan biarkan ilmu Lughah Jannah itu hilang dari dada. Nauzubillah.. Bila Ustaz Mahadi buka kitab, rupa-rupanya banyak lagi kaedah yang mesti dipelajari. Biiznillah, saya akan terus berjihad! Never say never! 
 Nahu wa Sorof
 
P/S: Sahabat2 kasih fillah..tolong doakan saya =) Sabda Nabi s.a.w: Doa seorang sahabat pada sahabatnya, maqbul. Ala kulli hal, sama-sama teruskan jihad ilmu ikhlas kerana Allah. Hidup kita akan terhenti suatu hari, ilmu yang kita manfaatkan demi kebaikan bersama adalah salah satu saham kita semua di akhirat.. Wallahua'alam..


Refresh Hati Yang Selalu Lalai..



Bila kita memulakan sesuatu..
.
Kadang-kadang kita lupa letakkan niat
Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah
Sebab tu bila ada masalah,
Kita cepat menyerah...


Bila kita berniat..
.
Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,
Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,
Sebab tu bila kerja tak menjadi,
Kita mula angkat kaki...
 
Bila kita berusaha...
Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,
Siang malam kerah tenaga dan masa...
Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,
Kita mudah putus asa...
 
Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...
Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.
Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.
Sebab tu bila dilanda masalah,
Kita marah tak tentu hala...


Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...

Kadang-kadang kita tetap alpa,
Nak sebut Alhamdulillah pun payah,
Berdoa pun sekali sekala,
Bersyukur sekejap cuma..


Sebab tu bila kita berjaya,

Allah datangkan ujian dan musibah...
Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,
Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..
Membenci diri memusuhi nadi.


Sedangkan..
.
Kita manusia ciptaan Allah,
Bernafas di udara yang sama,
Bila lemah Allah itu ada,
Bila derita Allah itu bersama,
Senang, susah, sedih, gembira...
Allah takkan lupa pada langkah kita.



Tapi sememangnya lahiriah kita,


Kadang-kadang lebih suka dipuji,

Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,

Kadang-kadang lebih suka dicintai,

Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,

Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,

Tapi lupa Allah sedang memerhati...

 

Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,

Kerana dalam firman Allah;

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"


Kerana itu..
Pada masalah harus bersabar dan redha

Pada ujian harus tabah dan teguh
Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal
Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..


Sama tetapi tidak serupa,

Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana
Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana
Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana
Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...


Di sana itulah yang perlu kita kejar,

Agar dunia mengikuti dengan redha...


Di sana,

Akhirat yang pasti...
Syurga yang terindah,
Atau
Neraka yang menyala!



Penuhilah masa lapangmu dgn Zikrullah..