Friday, January 29, 2010

Tiket Perjalanan yang Percuma

Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi

Maklumat tentang perjalanan

Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah

Syarat-syarat perjalanan

Di tuju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Barang yang di benarkan


1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :

• amal solah
• sedekah jariah
• anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
• ilmu yang bermanfaat

Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.

Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.

Saat dan waktu berlepas


Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

Diulang...

Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KAHFI:

“Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu."

Renungan Buat Diri Yang Dhoif

Letih. Letih memikirkan segala masalah di depan mata.
Namun, adakah wajar untuk aku letih?
Sebanyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat. Berapa banyak usahaku ini berbanding usaha Hassan al-Banna. Layakkah aku untuk berasa letih?

Kecewa.
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu.
Namun, adakah layak untuk aku kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah aku untuk kecewa?

Sibuk.
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun, layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?
Jika aku sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah aku dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.



Pedih.
Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.
Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?

Hampa.
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan.
Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?

Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa?

Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh? Mengapa perlu kita mengeluh?
Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah. Kontrak seumur hidup. Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.

Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa. Hanya ada satu jalan untukku. Gigih berusaha!

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah:111)

ALLAHU RABBUNA..SIAPA KITA? HAMBA SOLEH ATAU ?? WAZAKKIR FAINNAZZIKRA TANFA'UL MUKMINIIN..

Saat ALLAH S.W.T mencintai seseorg, tempat yg menerima sntuhan cinta yg pertama ialah hati mereka. Disitulah ALLAH melenyapkan sgala rasa putus asa dan ksdihan akibat dosa2 mereka, kemudiaan diganti dgn harapan dan keinginan utk berubah mnjadi manusia bersih. Sematkan di hati bahawa aku tahu...SAAT ALLAH MASIH SAYANG AKAN AKU ADLH SEWAKTU AKU MERASA BENCI DGN SEGALA AKHLAK DAN SIKAP BURUKKU.. Kita hanya hamba yg dhoif dan kdg2 kita lupa dgn sgla nikmat kurniaan ALLAH yg smntara ini. Kdg2 kita fikir kita dah betul tp rupa2nya salah. Maka, bykknlah istighfar dan bertaubat kpdNYA. SEMENTARA PINTU TAUBAT ITU MASIH TERBUKA UNTUK KITA. UHIBBUKUM LILLAH..WASSALAM

YA ALLAH..AKU POHONKAN KEKUATAN..

Ya Allahu Ya Aziz,
Aku hambamu yang lemah,
Hati ini memerlukan kekuatan,
Untuk menghadapi sisa-sisa hidup,
Yang sukar dibatasi,
Kerna kemodenan arus duniawi,
Yang semakin hapus kearah ukhrawi.

Ya Allahu Ya Malik,
Pohon ku di dunia ini,
Kuatkan semangat hambamu yang beriman,
Dalam mengatur langkah di dunia ini,
Agar mereka menjadi contoh,
Teladan kepada setiap insan,
Yang menghampiri kelalaian terhadapMu.

Ya Allahu Ya Qahhar,
Kuatkan hati setiap muslim didunia ini,
Teguhkanlah iman mereka,
Agar mereka terus menerus memujiMu,
Izinkan mereka mendapat hidayahMu,
Sebenar-benar hidayah.
Penuhilah hati para muslim,
Dengan limpahan hidayah mu yang agung,
Agar mereka dapat memujiMu Ya Allah.

Ya Allahu Ya Hafiz,
Peliharalah hati kami ini,
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat,
Peliharalah hati kami dari segala noda dunia,
Limpahilah hati kami dengan iman,
Peliharalah kami dari kesesatan dunia,
Yang dipenuhi segala mara bahaya.

Ya Allahu Ya Mujib,
Kabulkanlah permintaan hambaMu ini,
Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu,
Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu.

Isikan hati kami dengan kebaikan agamaMu,
Lembutkan lidah kami untuk memujiMu,
Indahkanlah mata kami melihat ciptaanMu,
Maniskan mulut kami ketika menikmati rezekiMu,
Gagahkanlah kaki kami ketika berjalan untuk keredhaanMu,
Merdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMu,
Sinarilah kehidupan kami dengan nur iman Mu,
Bersihkan hati kami untuk menggapai redhaMu.

Berilah kekuatan untuk hambaMu ini,

Untuk meneruskan perjuangan ini,
Demi kemuliaan agamaMu Ya Allah.


Nota:

Makna Nama Allah SWT:


1. Ya Aziz : Maha mulia/perkasa
2. Ya Malik : Maha merajai/pemerintah
3. Ya Qahhar : Maha menundukkan
4. Ya Hafiz : Maha pelindung
5. Ya Mujib : Maha mengabulkan

Sumber:
http://teratakalyahya.blogspot.com/

Sunday, January 24, 2010

ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAL

Assalamualaikum, ALHAMDULILLAH..DENGAN IZIN ALLAH TAALA, blog ini dapat diupdate walaupun skdr new short post. Sebenarnya, sy ada berita yg cukup menggembirakan keluarga dan sanak saudara juga sahabat2 yg prihatin. Ba'da 3 weeks, akhirnya Allah menyampaikan khabar bhw abang ipar saya selamat dari ujian gempa bumi dan tsunami yg melanda Solomon Island, Australia. Alhamdulillah..segala puji bagi ALLAH!! Syukran jazilan ila asdiqa' wa saudara2 yg membantu dgn mendoakan dan solat hajat. Barakallahu lakum..ameen. Semoga Allah membukakan jalan rahmat dan hidayahNya buat kalian semua. Khulasohnya, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Dan sebagai hamba yg dhoif..kita sepatutnya menyedari bhw Mati itu pasti , hidup...insyaAllah..dgn izin Allah. Ayuh kita sama2 menyiapkan bekal kita untuk menempuh our main journey and destination; AKHIRAT. Andai sesama kita ada yg melakukan khilaf, tegurlah. Wazakkir fainnazzikra tanfa'ul mu'miniin. Semoga usaha kita dipandang dan diberi ganjaran dari Allah Taala. Maaf dipinta ats sgla kesalahan dan doakan sy berjaya dunia akhirat.


TIDAK DILUPA; SANAH HELWA!! HAPPY BIRTHDAY AIDA, SHUHAINA, FAA, ZUHAIRA N IZZATI!! KULLU AAM WA ANTUM BIKHOIR!! UHIBBUKUM JIDDAN.
P/S:semoga kalian membesar dgn sihat dan dilindungi Allah selalu.

SYUKRAN ILA HAFIZAH SEKELUARGA ATAS LAYANAN ISTIMEWA ANTUM 4 THOSE 3 DAYS..SEMOGA AINUL MEMBESAR DGN SIHAT DSMPING AUNTIE FIFFYNYE. ;)
P/S: fizah..jgn ganggu konsentrasi makcik2 nk pakai kasut kt masjid pgdg baru tu da ye..sampai dok jupe cari slpr no..hu3..gurra je.;)

Wednesday, January 13, 2010

Palestine Will Be Free~Maher Zain

Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high

Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye

What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?

And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

Saturday, January 9, 2010

APA PERASAAN KITA KALAU ADA AHLI KELUARGA ATAU ORG YG ANDA SAYANG DI PALESTIN? BIMBANG?

Assalamualaikum, hari ini saya pergi bermusafir menuntut ilmu. Semoga ilmu itu memberi manfaat dunia n akhirat kpd semua. Ilmu itu cahaya dan cahaya Allah xkn diperoleh mereka yg berbuat maksiat. Nauzubillah..moga kita jauh dr perkara2 yg mengundang murkaNya. Insyaallah jika berpeluang saya akan kongsikan ilmu2 yg sy dpt buat peringatan bersama. Tapi bukan sekarang.

Kali ini saya ingin memohon sahabat2 berdoa untuk keselamatan abg ipar saya,Khairool Azizool Muhd. Sekarang ini dia berada di Solomon Island. Kalian tahu x apa yg berlaku di sana? 4 Jan lalu, pulau tersebut mengalami gempa bumi dan tsunami. Hampir 1000 rumah musnah. Setakat ni..tiada kematian dilaporkan. Semoga abg ipar sy selamat dalam perlindungan ALLAH. Ameen. Apabila mendapat berita ni, baru saya rasa sedihnya andai kita memiliki saudara kandung,ipar atau yg terdekat di Palestin, Afghanistan, Iraq dan byk lg negara yg dilanda plbgai lg ujian. Sudah pasti kita x senang duduk, gelisah..bimbangkan keselamatan mereka. Namun skrg ini, berapa kerat sgt lah yg memikirkan umat Islam di Palestin. Berdoa? Solat Hajat? Kita hanya akan bimbang apbla saudara terdkt kita berada di sana. Itulah saya ambil iktibar dr apa yg berlaku ke atas saya. Astaghfirullah.

Oleh itu, saya minta jasa baik shbt2 saya agar turut sama berdoa utk keselamatan ( pok yo) saya. Dalam masa yg sama, panjatkanlah setinggi kesyukuran atas segala nikmat dan kemudahan yang ALLAH S.W.T kurniakan kepada kita. Allah masih menyelamatkan kita dari gempa bumi,tsunami n bencana2 laen. Hidup kita x dlm ketakutan ditembak Israel atau diburu musuh Islam. Kita bebas bergerak di muka bumi ALLAH ini dgn selamat. Alhamdulillah. Maka nikmat Tuhanmu yg manakah ingin kamu dustakan? Subhanallah..terlalu byk yg Allah bg tapi apa yg kita balas sbg tanda syukur? Bersyukurlah kepada ALLAH selagi nafas kita masih terhembus. Hanya ini yg ingin saya sampaikan. Sekian, barakallahu lakum.





p/s: Buat Kak Da, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Bersabarlah... La Takhof wa La Tahzan..InnALLAHAma'ana.

Friday, January 8, 2010

Kau Tidak Faham, Kau Tidak Mengenali...

Assalamualaikum, alyaum..sy postkan sebuah puisi buat renungan saya n sahabat2 dn juga semua. Dalam dunia jambatan akhirat ini, kita hidup dalam kelompok manusia yang sangat ramai. Macam2 ragam dan perangai. Kita jg suka membuat penilaian sendiri ttg org lain. Mula lh timbul rasa benci, suka, kurang menyenangi, sayang dan mcm2 perasaan ba'da penilaian kita itu. Kadang2 tanggapan kita salah, tapi ada juga yg betul. Puisi ini untuk kita koreksi diri supaya kita tidak tetapkn mindset bila org ni jht..smpai bila2 die jahat/teruk. Beri shbt2 kita smgt atau peluang utk berubah. Jgn biarkn mereka lmh smgt. Bantu saya. Bantu Mereka...


Kau tidak faham

Dan kau tidak mengenali

Aku, aku dan juga diriku ini

Kau hanya memandang dari jauh

Dan mendengar-dengar kisah dari yang lain

Atau kau melihat senyum tawaku yang menjelekkan hati

Itu ini itu ini kau lihat pada zahirku ini

Buruk buruk itu sahaja yang kau ulang sehari-hari


Kau tidak faham

Dan kau tidak mengenali

Aku, aku dan juga deritaku ini

Kupalsukan segala sakit dengan senyuman

Menanam segala sengsara dengan tawa kegembiraan

Tetapi kau tidak memahami

Kerna kau tidak pernah ingin mengenali

Itu ini itu ini kau lihat pada zahirku ini

Hanya nilaian kau dari jauh dan cerita-cerita orang lain


Kau tidak faham

Dan kau tidak mengenali

Aku, aku dan kehidupanku ini

Kau ungkit semua dosaku yang lalu

Kemudian kau maki aku yang kini

Kau lemparkan kepadaku semua kesilapanku yang dahulu

Lalu kau caci aku yang hari ini

Buruk itu buruk ini kau ungkit berkali-kali

Seakan-akan aku ini langsung tidak berubah dan tidak meningkat seinci

Kau tak akan memahami

Kerna kau tidak bergerak untuk mengenali

Itu ini itu ini kau ungkit atas zahirku kini

Hanya nilaian kau dari emosimu sendiri


Ketahuilah

Kalau kau tahu apa yang aku lalui sehari-hari

Maka kau akan sedikit ketawa

Dan banyak menangis di dalam hati

Tetapi kau tidak memahami

Kerna kau tidak bergerak mengenali


Sedang aku

Bergerak mendekatimu

Dan berusaha memahamimu

Walaupun aku gagal hingga ke hari ini


http://ms.langitilahi.com/puisi-kau-tidak-faham-kau-tidak-mengenali/