Friday, December 18, 2009

SALAM ISTIQLAL!!!


Alhamdulillahirabbil'aalamin...Syukur pada Yang Satu kerana sebuah perjuangan yang bakal menentukan jalan JIHAD ILMUku yang seterusnya kini tamat. Dengan tamatnya perang pena ini, tamat jualah sesi hidupku di bumi SHAMS. SHAMS yang menyimpan 1001 rahsia suka-dukaku. SURAU AL-MAIDAH yang akan aku kenang sampai akhir hayatku. Tempat aku belajar mengenal ALLAH S.W.T, TUHANKU , MUHAMMAD S.A.W, RASULKU, dan ISLAM, AGAMAKU dengan lebih dekat malah disinilah aku bertemu bagaimana hakikat ketenangan itu dicapai. Subhanallah. Mungkin hampir semua sahabatku yang sama2 menamatkan perang SPM 2009 juga berperasaan sedemikian.

ASRAMA BANAT yang penuh dengan misteri kemantapan UKHUWWAH LILLAHI TAALA antara penghuni-penghuninya. Khusus buat ahli dorm AP18 (05), AP 25 (06), AP 17 (07), AP 24(08), AP 18 (09) dan juga semua aspuri, syukran jazilan kerana mengajarku erti sebuah kasih-sayang sesama muslim. Rindu sangat saat indah kita bersama. Di sini, kuimbas kembali sedikit memori...


Bermula kisahku di SHAMS 2005,berlagak tabah melalui ORIENTASI Form One especially Orientasi Asrama walaupun sebenarnya homesick sampai b'bulan-bulan dan akhirnya jihad rindu itu berhasil. BENARLAH, ALLAH TAKKAN UJI KITA DGN BEBAN YG KITA TAK MAMPU TANGGUNG. Taaruf mengikat kami dalam satu jalinan UKHUWWAH FILLAH sampai kami dah Sweet 17. Kes pertama, makan sebiji coklat dan share same2. Huhu..semua teragak-agak nak makan. Kes Dua, barang amanah yang rumit utk dijaga buat insan x tahu apa2 mcm kami. Biskut jagung sekeping..huhu. Dan masih kuingat lagi detik2 Tarbiyyah dari kakak2 buat kami. First time kena muhasabah. Kami menangis sepuas-puasnya menghayati bait-bait peringatan dari mereka. Tanpa muhasabah diri, kita takkan menemui salah silap kita. Kita takkan dapat membaiki diri kita yang serba jahil ini. Bermula dari situ, tekad dan azam dipasang. " ALLAHU RABBUNA!! Kami HAMBA2MU akan berjuang dijalanMU selagi hayat dikandung badan DAN jika diizinkan, izinkan kami menghembuskan NAFAS terakhir kami dalam PERJUANGAN keranaMU,YA ALLAH "


KAFA malam2. Naqibatnye kakak2 Form 4..syukran ala kullu ilmu. Sayang kalian. Kami belajar dengan lebih mendalam asas fardu ain. Macam2 ragam kami..budak form 1 05. Over aktif. Main kuiz antara Kumpulan. Nyanyi lagu tema ramai2 penuh semangat. Cabbut anak tekak Sarah op? Bukan senang nk tarik. Pertandingan Buku KAFA Tercantik pun ade. Dah lupe sape menang, Izza biasenye yg menang bab tercantik2 ni, ;p. Dan tidak dilupa, Perekse KAFA yang mendebarkan. Tahniah FAATIHAH MD ZAN,No 1 Kafa!! Sunan is always in her heart?!!


Minggu KECERIAAN, minggu tali mahabbah diperkuatkan. Bersengkang mata hias dorm demi dorm tercinta. Mase ni la kami start banyak mulut. Bergabung idea utk cipta solekan terbaik pada locker2 kami. Waktu ni juga, tafahum bermula. Lain orang, lain sifatnya. Ada yang serius, ade yang gile2, ada yang sensitif dan mcm2 lg. Semua ni mendidik diri untuk menghargai dan menghormati orang lain. Kelainan ini mencipta keunikan. Hakikatnya,tiada insan yang sempurna. Saat2 penuh debaran menanti warden check dorm..tak senang duduk belake. Especially ketue dorm. Berdebar nk jawab soklan warden kekgi. Ad dorm yg wat air milo ke warden2...huhu,dorm ane tuh? Markah bonus...Lepas ni boleh la setiap dorm wat resipi masakan masing2. Biar warden2 kuar aspuri dgn senyuman kekenyangan...huhu.


Tradisi ASPURI SHAMS, Jamuan DORM yang riuh-rendah. MERIAH DENGAN GELAK TAWA SAYANG. Persmbahan, games, tukor2 hadiah. Paling best Form 5 , dpt hadiah special! Sume makan sedap..tidur pun sedap, ;) . SEkk-SEk Form 5 diRAIKAN macam KAMI NI INSAN YANG SANGAT ISTIMEWA (OKU)..huhu..terharunye bile imbas kembali..memori yang tak dapat diulang kembali. TQ adek-adekku sayang!

SUKANEKA DAN......KEM JATI DIRI! Banyak sangat yang perlu dicerita. Cukuplah kenangan di dalam memori. Rindu nak jungle trekking kt sane lagi. Batu Karipap, Bukit SokSeh dan byk lg khazanah ciptaan Ilahi. Flying fox n abseiling...pengalaman pertama yang cukup2 bermakna. Night Walk yg menakutkan pd awalnya...ape passwordnye ye? Dah la malam Jumaat. Pok Nik punye projek...huhu. Pengalaman menyusuri malam yang sgt2 gelap. Alhamdulillah semue selamat walaupun pacat dan lintah tumpang sekaki, :)


Hanya ini yang mampu ditulis. Semua ini merupakan memori yang terlalu cepat berlaku. Masa...berlalu tanpa salam peringatan tetapi... DI SAAT MANUSIA ALAF INI BELUM WUJUD LAGI, ALLAH SUBHANAHUWATAALA TELAH BERFIRMAN " DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN, KECUALI ORG 2 YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, DAN MEREKA YANG SALING MEMPERINGATI DENGAN KEBENARAN DAN SALING MEMPERINGATI DENGAN KESABARAN ".

Akhirul kalam, kepada adik2 tersayang, teruskan perjuangan di SHAMS. Jangan cepat mengeluh atau berputus asa. La Tahzan, InnALLAHa Maana. Chaiiiiyyyoookk!!! Tunaikan harapan walid dan ummumu. Semoga rahmat dan berkat ALLAH meliputi kita semua. AMIIINN. Buat para sahabatku kasih fillah, perang SPM yang berakhir ini bukan bererti perjuangan kita di JALAN ALLAH berakhir. TIDAK SEKALI2!! Manfaatkanlah segala ilmu yang kita peroleh untuk bekalan kita menuju DESTINASI TERAKHIR .

Ingatlah, Kejayaan di dunia atau anugerah di muka bumi ini tak menjanjikan apa-apa jika preparation kita untuk menghadapi YAUMUL AKHIRAH tidak cukup. DOAKU BUAT KALIAN JUGA DIRIKU..‘Ya Allah, kau teguhkan hati kami atas dua nikmatMu yang besar ini. Kau teguhkan iman kami pada hati yang satu ini. Kau kekalkan Islam kami pada ruh kami, pada jasad kami sehingga ke akhir hayat kami. Kau jadikan kami sebagai muslim, mukmin, pembela agama yang syumul ini selamanya dalam hidup kami. Walau ribut taufan melanda, walau badai dasyat menimpa, kau tetapkan hati kami pada taliMu ini, tali yang kami akui kebenarannya, tali yang akan menarik kami dan menuntun kami ke pintu syurgaMu. Dengan segala rahmatMu ya Allah, kau jadikanlah kami sebagai orang2 yang sentiasa bersyukur atas segala nikmatMu ini, atas segala kurniaanMu ini, atas segala pinjamanMu ini. Ya Allah, tiada tempat bergantung bagi kami melainkan yang terbaik hanya padaMu.






P/S: Asif jiddan...ayat x tersusun. Sekadar coretan biasa. Salam Iman Mutmainnah.

4 comments:

Anonymous said...

salam kak,kalau rindu bumi shams jemput2 lah datang.pintu pagar sering terbuka.

ukhuwwah fillah.-i-shah

Annisa Asyifa said...

huhu..syukran aishah.Teruskn perjuangan d bumi shams.Chaiyookk!!Jihad for SPM 2010..

Nor Hafizah Mahamud said...

huhu..kenangan terindah...sape suke duduk kat loker yer sokmo ar??hahahah

Annisa Asyifa said...

salam che fizah..perli nampak..abis sape r ilang brg se je bising seasrama??ki3...saye x pe..sy duk kt loker..utk mncari ktngn..hu3,rindunye asrama..surau..monster..kak ti..kak mek.. :P