Tuesday, December 30, 2008

Fobia..Phobia VS Face It..!!


Dalam hidup saya, ada beberapa perkara yang saya takut. Antaranya saya takut dengan pentas ucapan atau mikrofon, saya takut bercakap di depan khalayak. Saya tidak diberi bakat untuk pandai bercakap dengan petah seperti kebanyakan orang. Meminjam ayat dari blog seseorang, ‘saya menulis kerana saya tidak pandai bercakap’. Begitu juga saya. Jadi, selalunya saya akan melarikan diri setiap kali diminta bercakap di depan khalayak ramai.


Suatu hari, saya dihadapkan dengan ketakutan itu. Tapi, kali itu saya memilih untuk menghadapinya. Saya telah puas lari. Bukan jawatan yang kukejar tapi segenggam ketabahan untuk menentang fobia ini...Alhamdulillah walau hanya beberapa saat saya berdiri di depan seluruh pelajar SMKA SHEIKH ABDUL MALEK tapi ini satu perubahan yang positif..dalam kegetaran suara, ALLAH membuka ruang untukku berdakwah kepada semua sahabat Islamku. Alhamdulillah..itulah kalimah yg mampu dilontarkan..huhu...seimbas kenangan ketika hari syarahan calon2 MPP. Saya pernah mengharapkan perkara ini x pernah terjadi dlm hidup..tetapi itulah hakikat yang tuhan catatkan buat diriku...

“Sesiapapun boleh lari, kerana melarikan diri tidak memerlukan keberanian. Aku tidak akan lari. Aku akan berdepan dengan mereka,
sebagai mujahidah yang sanggup mati demi ALLAH dan rasulNYA”

2 comments:

Anonymous said...

Pengalaman menjadikan seseorang berani.

Annisa Asyifa said...

Assalamualaikum..syukran atas kata2 hikmah yang diberikan..Mmg benar pengalaman menjadikan seseorg itu lebih berani..