Monday, August 18, 2008

Kem Tazkiatun Nufus

bace Mathurat berjemaah..sweet memory


Alhamdulillah, berkat bantuan dariNYA. KEM Tazkiatun Nufus selamat berjalan dengan jayanya. Banyak juge pengalaman yang ditimba. Kepada sahabat2 yang begitu gigih berusaha..SYUKRAN JAZILAN. Jazakallah..ila hafizah, zuraihan, amirah, husna bahar, nik maini, zue amran, nadia, nani, eika, jannah, siti, salmiah, aiman, faridah, nasuha, aida, sarah...dan tidak lupe sahabat2 aspura Form 4. Jangan putus asa dalam meraih mardhatillah. hayya bina..

Sunday, August 17, 2008

Kalimah Syahadah

"SYAHADAH"

Definisi = Pengetahuan,penerangan,pengkhabaran,pernyataan,pengisytiharan.
Syahadah merupakan pra-syarat utama untuk betul-betul memasuki Islam.
Kalimah syahadah merangkumi aspek;
1.ikrar
2.iqtikad (pengakuan)
3.iktiraf ayat "ash hadu alla ila ha illallah..wa ash hadu anna muhammadarrasulullah " yakni kalimah syahadah adalah penafian terhadap tuhan-tuhan palsu yg lain seperti berhala,matahari dan sebagainya.

Ianya turut merangkumi segenap aspek dalam kehidupan sebagai seorang muslim iaitu;
1. Tempat bergantung dan matlamat perhatian
2. Sebagai tempat tumpuan kecintaan
3. Sebagai tempat perlindungan
4. Sebagai pemberi rezeki
5. Sebagai sumber perundangan

perkara-perkara yg membatalkan syahadah

1. Sujud kepada makhluk. -Jika dahi telah mencecah tanah,secara automatik menjadi kafir walaupun hanya sebagai lakonan.
2. Menyembelih binatang atas nama makhluk
3. Membuang al -quran /kitab-kitan syara' ketempat yg bernajis
4. Tunduk/rukuk kepada makhluk dengan khasad
5. Perkataan-perkataan atau lafaz yang menyebabkan murtad/syirik
6. Mendustakan nabi
7. Tidak percaya kepada hari akhirat
8. Mendustakan kebenaran (contoh seperti aurat,solat dan hukum hakam yg lain)
9. Melafazkan kalimah-kalimah kufur
10.Menyangkal ayat al-quran (tidak menerima ayat al-quran)
11.Meremeh-remehkan sunnah nabi
12.Menghalalkan yang haram
13.Menafikan perkara-perkara yg tetapkan wajib
14.Mengaku dirinya nabi.(contoh seperti Musailamatul kazab)
15.Orang yg berangan-angan utk menjadi kafir
16.Mengesyaki dirinya kafir
17.Meremeh-remehkan hukum Allah
18.Mempersendakan lafaz "bismillah hirrahman nirrahim"
19.Mempermain-mainkan tuhan
20.Mengibaratkan perangai satu-satunya org kafir lebih baik dari orang Islam.

kesimpulan :. Syahadah merupakan satu pengsiytiharan seorang mukmin untuk bertuhankan hanya kepada Allah.Sebagai hamba-Nya,kita perlu mengikuti segala suruhan dan menjauhi larangan-Nya.Dalam kehidupan seharian,kita perlu berhati-hati dalam melakukan/mengucapkan sesuatu perkara kerana mungkin hanya dengan sepatah ucapan,syahadah kita terbatal walaupun secara tidak sedar.Nauzubillah himin dzalik.Sama-samalah kita memohon keampuanan dan keredhan Allah dalam meneruskan kehidupan sementara ini.

wallahua'lam