Friday, December 3, 2010

Terperangkap?


Bila menyelusuri beberapa buah blog dan tulisan di dalam facebook teman-teman, sudah ada di kalangan mereka yang mencatat betapa masa begitu pantas berlalu. Baru tersedar bulan Disember sudah menjengah. Tak lama nanti, Januari pun menyusul dan tahun 2010 akan pergi dalam lipatan kalendar.

Ya, masa itu begitu cepat berlari, andainya kita hanya berpusing di atas paksi yang sama, berkitar dalam orbit yang serupa. Jika dari hari ke hari, dari minggu ke minggu dan dari bulan ke bulan kita lakukan perkara yang sama secara berulang-ulang, maka kita sudah jadi umpama robot. Begitulah kita, bila kehidupan sudah dicarta oleh suasana di sekeliling.

Rutin bangun pagi, gosok gigi, pergi kerja, makan tengahari, sambung kerja, pulang ke rumah, makan malam, menonton TV dan kemudian tidur akan dilakukan setiap hari. Kita lalui ia tanpa jemu-jemu. Tanpa sedar kita lakonkan skrip perulangan ini dengan rela hati kerana kita berasa selamat di dalam acuan yang kita cipta sendiri. Zon selesa sudah menjadi kepompong kehidupan diri. Sebab itulah, jiwa meneroka, jiwa mengembara mahupun naluri survival kita sudah tumpul.

Kerana itu, kita aktif dalam sukan bolasepak, boling, skuasy, lumba kereta dan perahu layar. Kita aktif sebagai penyelam skuba, memanjat gunung, mencari artifak di hutan Amazon dan terjun dari kapalterbang dengan kelajuan 80 kilometer sejam. Tetapi kesemuanya kita lakukan sambil mengunyah karipap di depan TV! Kita terlibat dan cemas menghadapi gempa bumi, banjir besar, tanah runtuh, kemalangan, taufan, peperangan, pembunuhan dan pemberontakan. Tetapi kesemua itu pun kita saksikan sebagai penonton.

Sekadar Menjadi Penonton, Bukan Pengubah

Akibat terkurungnya diri di dalam putaran yang kita cipta sendiri, maka kita menjadi insan yang pasif. Apa sahaja yang terjadi pada dunia hanya ditatap. Hanya mata yang merakam. Tetapi otak masih beku untuk simpati, apatah lagi empati. Bila hati dah jemu, kita alih saluran TV untuk menonton hiburan demi hiburan demi hiburan.

Malangnya, di sini pula kita teruja. Perasaan geram, meluat, marah atau pun berasa sedih hingga mengalirkan air mata boleh pula terjadi andainya calon bakat artis pilihan di dalam sebuah rancangan realiti gagal untuk memasuki pusingan seterusnya. Mengapa kita sudah jadi begini?
Tidakkah ada rasa bersalah, apatah berasa rendah diri kerana hanya menjadi penonton dan bukannya pengubah kepada apa yang berlaku di sekeliling kita? Bukankah sedari kecil, kita berani, kita degil, kita suka mencuba apa yang dilarang oleh orang tua kerana jiwa kembara kita yang membara?

Ya, sewaktu kecil dahulu kita boleh bermandi hujan. Hari ini kita berlari dari padang letak kereta ke pejabat semata-mata kerana takut kepala kita pening terkena hujan gerimis. Dahulu, kita boleh terjun ke sungai dan berkubang di dalam sawah. Hari ini, kita terketar-ketar hendak melangkah parit kecil menuju ke gerai pasar malam. Dahulu, kita berani panjat pokok. Hari ini, semangat kita hendak terbang ketika memanjat tangga untuk menyapu sawang di siling rumah.

Seharusnya, semakin kita dewasa, kita menjadi semakin handal, semakin berani dan semakin pakar dalam apa jua bidang yang kita terokai. Hari ini lebih bagus daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Itulah yang seharusnya menjadi semangat untuk memaju diri. Umpama berlian yang semakin lama semakin keras dan semakin tinggi nilainya. Bukan seperti bangkai yang semakin lama semakin busuk, semakin reput dan akhirnya menjadi debu.
Tetapi, kerana terlupa untuk bermuhasabah diri, kita biarkan diri hanyut di arus kehidupan. Hinggakan kita ada kerja, tetapi tiada kerjaya, ada daya tetapi tiada usaha, ada keinginan tetapi tiada hasrat dan ada mimpi tetapi tiada impian. Begitulah bila kita biarkan minda dipengaruhi unsur-unsur dari luar sehinggakan suara hati sendiri telah tenggelam.

Berubah Dengan Menambah

Berubahlah. Berubah dengan menambah. Apakah bahasa baharu, buku baharu, hobi baharu atau surah baru yang sudah dihafal pada tahun ini? Apakah jumlah sedekah kita sudah bertambah? Apakah kita boleh menerima teknologi baru, jika bukan sebagai penciptanya, sekurang-kurangnya sebagai penggunanya?
Kalau kita menutup buku sebaik sahaja kita menyimpan skrol ijazah, kalau kita menutup hati sebaik sahaja kita melipat sejadah, maka kita akan jadi sama seperti orang lain di luar sana. Mereka di luar akan bercakap ~ bukan bertutur, mengagak ~ bukan mentafsir, mengira ~ bukan mencongak, kasihan ~ bukan prihatin dan pandai bertanya tetapi tidak reti menyoal. Kita jadi orang biasa di kalangan orang yang biasa.

Jika dipandang dari langit, kita seperti sekelompok haiwan yang berkulit, berwajah dan bertindak mengikut apa yang dibuat oleh haiwan yang lain. Jika begitulah kita, sukar juga kita menjadi insan terpilih. Kreatifnya Allah Al-Mussawir, membentuk wajah-wajah manusia yang berbeza. Meskipun kita semua mempunyai dua mata, dua telinga, satu hidung dan satu mulut. Tidak ada satu pun wajah kita di antara berbilion manusia yang lain mempunyai yang serupa. Sehinggakan pasangan kembar pun ada perbezaan raut wajahnya. (Yang punyai wajah yang serupa hanyalah pelanduk!)

Oleh kerana tidak ada satu pun manusia yang sama seperti kita, sewajarnyalah kita menjadi insan unik. Punyai identiti, hasrat, impian, iltizam mahupun istiqamah yang lain daripada orang lain. Kita patut begitu kerana bukan orang lain. Kita adalah diri kita.
Kita bukannya stereotaip!

Thursday, December 2, 2010

Berakhir yang pertama..

Deenul Huda...
  Alhamdulillah ala kulli haall, setinggi-tinggi kesyukuran pada Allahu Rabbuna atas segala kurniaanNya... Hari ini, dengan berakhirnya imtihan Nahu Sorof maka tamatlah imtihan niha'ie Sem 1. Semoga kejayaan yang cemerlang menjadi milikku serta sahabat-sahabat seperjuangan. Pesanan penting untuk diri khususnya dan juga sahabat-sahabat, selepas kita berUSAHA maka wajiblah kita berTAWAKKAL pada Pemilik Setiap Natijah. Faiza 'azamta fatawakkal 'alaLLAH! Bersangka baiklah dengan Allah kerana Dia takkan menguji kita atas apa yang kita xmampu tanggung. La taqlaq!

 Seterusnya, dengan rasa syukur dan gembira, TAHNIAH ATAS GRADUASI ANDA!! sy ucapkan khas dan istimewa buat kakak sy yg ke 5. =) Semoga perjalanan hidup CikNa sentiasa dalam hidayah dan rahmat Allah.. Aamiiiin..
 
Congrats.. =)
 TAHNIAH wa MABRUK ALAIKUM diucapkan buat sahabat-sahabat di kolej matrikulasi yg dah dapat result sem 1.. (^_^) Alhamdulillah, semua dapat result yang mantop! Teruskan usaha kalian! Doa sy sentiasa bersama kalian.. Semoga jalan yang kita semua pilih akan membawa kepada pengakhiran yang sama yakni meraih REDHANYA. 

Ohana.. =)

 Barakallahu lakum...

Saturday, November 20, 2010

Salam EidulAdha...

Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah...masih sempat melalui Eiduladha dengan izin Allah. Sekadar perkongsian bersama;
' Apabila tibanya Eiduladha, ramai tertanya-tanya apa yang sebenarnya patut dikorbankan? Sesungguhnya tidak cukup sekadar binatang ternakan, KITA PATUT KORBANKAN APA YANG KITA SAYANG UNTUK ISLAM ' Pesan Hassan Al Banna.

Eid mubarak.. Kullu 'aam wa antum bikhoir!! (^_^)

Saturday, November 13, 2010

THE PRICE OF IMAAN

www.iluvislam.com  
Dihantar Oleh: thelightofmyiman
Editor: salma ahsanan





Several years ago, an imaam moved to London. He often took the bus from his home to the downtown area. Some weeks after he arrived, he had occasion to ride the same bus. When he sat down, he discovered that the driver had accidentally given him twenty pence too much change. As he considered what to do, he thought to himself, you had better give the twenty pence back. It would be wrong to keep it.

Then he thought, oh forget it, it is only twenty pence. Who would worry about this little amount? Anyway, the bus company already gets too much fare; they will never miss it. Accept it as a gift from Almighty Allah and keep quite.


When his stop came, the Imam paused momentarily at the door, then he handed the twenty pence back to the driver and said;

"Here, you gave me too much change." 


The driver with a smile replied;


"Aren't you the new Imaam in this area? I have been thinking lately about going to worship at your mosque. I just wanted to see what you would do if I gave you too much change".


When the Imaam stepped off the bus, his knees became weak and soft. He had to grab the nearest light pole and held for support, and looked up to the heavens and cried;

"Oh Allah, I almost sold Islam for twenty pence!"

Remember, we may never see the impact our actions have on people. Sometimes we are the only knowledge of Quran someone will read, or the only Islam a non-Muslim will see. What we need to provide, inshaAllah is an example for others to see. Be careful and be honest everyday, because you never know who is watching your actions and judging you as a Muslim.



ARE WE BEAUTIFUL?


                      
I will say... "I am beautiful, you are beautiful, she is beautiful too, and they are all beautiful. We all will always look beautiful."


Then a person might ask me, "What makes you think that way? "Or the least, "Perasan...You look normal to me."

And what do you say? Isn't beauty is too subjective? Hard to identify and classify. Everyone is different."
Yeah I know...

"Beauty isn't just about the look. Beautiful person is the one with beautiful heart. The beauty is in the eyes of the beholder."


"Look! She is beautiful! She is hot!. Put on some colors on your lips. You ain't look hot without make-ups, not beautiful..."


That is it. Enough! Different people with different definitions..Different people with different opinions..


Wait. If that so, how about those who were born to be "I am not beautiful" or "You are not beautiful?"  Do not worry. Do a plastic surgery!
Then waste my money? No. I do not want that. Even if I'm to be the richest person in the world.. I will never do that! Insha'Allah...

"But why not?"

Because you will end up being buried like other dead people do. Then after a while your beautiful skin, look, body will no longer be the same and will no longer look the same. You are no longer beautiful! Beautiful? Hot? Ugly? Hidious? It doesn't matter anymore. So what is up with all those plastic surgery and make-ups? They are not worthy. Not at all!
"So what's 'beauty' for you then?"

Oh! Simple..."Natural pure-beauty..."

"How is that?"

My answer is: Be thankful for who you are, despite of how you looK, be thankful for what you have as Allah SWT has given you what is best for you, be thankful and stop comparing yourself with what other people have and feel enough with what you have will make you the richest person on earth..


Stop focusing on the physical (the look) and start perfecting your heart (manners). Then you will result in tranquility, trust me. Oh Muslims! We are all beautiful because we are Muslims. Beautiful by the way of Islam sees us. Beautiful by the way of Islam shapes us. Beautiful in a way Allah and his messenger wanted us to become to.

So I will say...

"You and I are beautiful. No difference..."
Because you and I are the same, Sharing a very common thing, Sharing the same beauty of Islam, Sharing Islam and that we are all Muslims.
Islam is beautiful. Therefore, we are all beautiful, insha'Allah...