Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak
Bersama kita manfaatkan bulan ini dengan amalan yang diredhaiNYA.
Aktiviti sekolah spjg Bulan Ramadhan ini:
Program Ihya Ramadhan iaitu pd khamis, 18.9.2008 bersamaan 18 ramadhan juge bersamaan hari ulangtahun kelahiran sahabat kesayanganku! FAATIHAH.
Ade macam2 aktiviti yang dijayakan dgn jayenye..
tilawah..hafazan..nasyid..khat..azan..n kuiz ramadhan. Tahniah dan syukran atas kerjasama yg diberikan.
Minggu Ihya Ramadhan Asrama turut dijalankan hasil usaha Biro Tarbiyah. SYAAAABBBAS..antum sume memang mantopp..huhu..
Ahad ni ade Majlis Berbuka puasa dan Khatam Quran. Bersama semua guru..moga berjalan lancar.AMIIN..
Tibe2 teringat kate2 laksamana Sunan dlm Novel Bagaikan Puteri..
Mati itu pasti, hidup...INSYAALLAH.
Al-Fatihah kepada bekas guru kaunselor SHAMS, Allahyarhamah Toh Puan Fatimah @ Cg.Ma pd Isnin, 16 Ramdhan lalu.
Masih terngiang ditelinga kata2nya sewaktuku berjumpenya utk bertnye pndpt ttg masalah pelajaran dan asrama. Terima kasih cikgu. Kudoakan rohmu beroleh ketenangan di sana.
Thursday, September 4, 2008
Monday, August 18, 2008
Kem Tazkiatun Nufus
bace Mathurat berjemaah..sweet memoryAlhamdulillah, berkat bantuan dariNYA. KEM Tazkiatun Nufus selamat berjalan dengan jayanya. Banyak juge pengalaman yang ditimba. Kepada sahabat2 yang begitu gigih berusaha..SYUKRAN JAZILAN. Jazakallah..ila hafizah, zuraihan, amirah, husna bahar, nik maini, zue amran, nadia, nani, eika, jannah, siti, salmiah, aiman, faridah, nasuha, aida, sarah...dan tidak lupe sahabat2 aspura Form 4. Jangan putus asa dalam meraih mardhatillah. hayya bina..
Sunday, August 17, 2008
Kalimah Syahadah
"SYAHADAH"
Definisi = Pengetahuan,penerangan,pengkhabaran,pernyataan,pengisytiharan.
Syahadah merupakan pra-syarat utama untuk betul-betul memasuki Islam.
Kalimah syahadah merangkumi aspek;
1.ikrar
2.iqtikad (pengakuan)
3.iktiraf ayat "ash hadu alla ila ha illallah..wa ash hadu anna muhammadarrasulullah " yakni kalimah syahadah adalah penafian terhadap tuhan-tuhan palsu yg lain seperti berhala,matahari dan sebagainya.
Ianya turut merangkumi segenap aspek dalam kehidupan sebagai seorang muslim iaitu;
1. Tempat bergantung dan matlamat perhatian
2. Sebagai tempat tumpuan kecintaan
3. Sebagai tempat perlindungan
4. Sebagai pemberi rezeki
5. Sebagai sumber perundangan
perkara-perkara yg membatalkan syahadah
1. Sujud kepada makhluk. -Jika dahi telah mencecah tanah,secara automatik menjadi kafir walaupun hanya sebagai lakonan.
2. Menyembelih binatang atas nama makhluk
3. Membuang al -quran /kitab-kitan syara' ketempat yg bernajis
4. Tunduk/rukuk kepada makhluk dengan khasad
5. Perkataan-perkataan atau lafaz yang menyebabkan murtad/syirik
6. Mendustakan nabi
7. Tidak percaya kepada hari akhirat
8. Mendustakan kebenaran (contoh seperti aurat,solat dan hukum hakam yg lain)
9. Melafazkan kalimah-kalimah kufur
10.Menyangkal ayat al-quran (tidak menerima ayat al-quran)
11.Meremeh-remehkan sunnah nabi
12.Menghalalkan yang haram
13.Menafikan perkara-perkara yg tetapkan wajib
14.Mengaku dirinya nabi.(contoh seperti Musailamatul kazab)
15.Orang yg berangan-angan utk menjadi kafir
16.Mengesyaki dirinya kafir
17.Meremeh-remehkan hukum Allah
18.Mempersendakan lafaz "bismillah hirrahman nirrahim"
19.Mempermain-mainkan tuhan
20.Mengibaratkan perangai satu-satunya org kafir lebih baik dari orang Islam.
kesimpulan :. Syahadah merupakan satu pengsiytiharan seorang mukmin untuk bertuhankan hanya kepada Allah.Sebagai hamba-Nya,kita perlu mengikuti segala suruhan dan menjauhi larangan-Nya.Dalam kehidupan seharian,kita perlu berhati-hati dalam melakukan/mengucapkan sesuatu perkara kerana mungkin hanya dengan sepatah ucapan,syahadah kita terbatal walaupun secara tidak sedar.Nauzubillah himin dzalik.Sama-samalah kita memohon keampuanan dan keredhan Allah dalam meneruskan kehidupan sementara ini.
wallahua'lam

Friday, May 23, 2008
Rasa bertuhan.....
Tak sempat mengingati perkara yang lain
Hati dan jiwanya semata-mata terpaku
Dengan Tuhannya Jika manusia mengenali kehebatan
Keagungan Tuhannya kecutlah perutnya
Penglihatan dan pengetahuannya
Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia ini tawaduk merendah diri
Di bumi Tuhannya.....
Jika manusia rasa bertuhan hidup di hatinya
Matilah angan-angan
Takut pun datang menerpa dihatinya
Manusia akan sibuk dengan dirinya
Tak sempat memikirkan diri orang lain
Takut dan bimbang tak sempat mengumpat
Aduh! kalau Tuhan sentiasa dihati
Perasaan berTuhan mencengkam dihati
Mengenang pula nikmat Nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya
Takut kalau nikmat ditarik semula
Kalau terbuat dosa akan diazabnya
Begitulah kalau seseorang hamba mengenali Tuhannya
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhan
Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya
Sekalipun dunia di tangannya
Thursday, May 22, 2008
pesan ukhti farhana
lydiyaiffah_89 (4/30/2008 7:44:34 PM): "Sahabat, jadikanlah medan peperiksan itu sebagai medan peperanganmu, pena sebagai senjatamu, perahan akal fikiran sebagai tenagamu yang tersimpan. Diwaktu malam engkau bercekang mata seumpama seorang pejuang berjaga di tengah malam. Aku katakan sebegitu seandainya dirimu meletakkan tuntutan ilmu dalam mencapai kejayaan semata-mata hanya kerana Allah s.w.t.. Kerana sesungguhnya mereka yang bersusah payah dlm perjalanan mencari ilmu maka Allah akan permudahkan kepadanya jalan ke pintu syurga.." fikir2kanlah
Subscribe to:
Posts (Atom)