Saturday, August 3, 2013

Ramadhan Kareem!


Subhanallah, Its Ramadhan again.. :)



Alhamdulillah, sempat menghirup nikmat Ramadhan kali ini. Ralit dengan kehidupan sampai terabai akan blog kesayangan. Blog yang dah penuh sawang dek sepi tanpa tulisan selama 2 tahun lebih, 24++ bulan, 700++hari.. 

Cukup panjang untuk buat orang terfikir, hidup tak lagi tuan blog ni. Dan sememangnya panjang sebab empunya blog yang tiga tahun dulu masih bertatih mengenal alam Uni, sekarang dah tamat diploma dah pun. Alhamdulillah! 

Semakin lanjut usia, terasa makin banyak perubahan berlaku, positif dan negatif. Berkali ingatkan diri, bertahun belajar ilmu agama tapi malas@tak amal memang sia-sia la. Nauzubillah. Moga-moga penat lelah air mata berjuang sebelum ni akan jadi panduan+dorongan untuk sambung kehidupan hari ini dan seterusnya. Aamiin..

Dan Ramadhan kali ini, Allah bagi kekuatan untuk hidupkan kembali blog kesayangan. Mengumpul kekuatan selepas diasak dengan soalan dari seorang teman, kenapa berhenti menulis? Sekurang2nya tulislah untuk berkongsi pesan. Mendapat semangat selepas dipujuk seorang saudara, takkan dah nak berhenti berjuang? makan dalam T_T mana ada berhenti! Tengah berjuang ni! Mereka tahu saya tak hebat dalam dakwah dan penulisan tapi mereka tetap bagi semangat untuk teruskan perjuangan. Biar kecik di mata orang, moga jadi sebab raih redha Tuhan. Aamiiin.. Jazakumullah khairan katsira! Sayang kalian kerana Allah. :')

Untuk lalui satu-satu ujian Tuhan, kadang ada benda yang kita kena korbankan sementara bahkan ada yang perlu dikorbankan selamanya. Sebab Allah nak tengok kita hidup kerana apa dan untuk siapa? Allah nak uji ikhlas dan yakin kita pada siapa kan? Allahu rabbi.. Tak terhitung syukur pada Tuhan.. :) 

Akhir kalam, Ramadhan belum pergi! Jom manfaatkan Ramadhan selagi mana ada masa. Hadiah istimewa dari Allah! Sama-sama rai dan hargai.. Sebulan sahaja datangnya. Tapi jangan jadi hamba Ramadhan, sebab Ramadhan pun hamba juga. Ikhlaslah beramal kerana Allah. Teruskan amalan soleh di bulan-bulan seterusnya. 

Semoga Ramadhan kali ini, kita tergolong dalam kalangan mereka yang bertaqwa, yang dijauhkan dr neraka, yang diberi keampunan dan yang mendapat rahmat redhaNYA. Aamiin..aamiin..aamiin..

~ Ruginya diri ini tatkala terasa dosa membuak-buak tapi tak disusuli taubat.. :'(