Friday, September 16, 2011

Sebuah Perjalanan~Al-Haramain..

Assalamualaikum, Alhamdulillah..segala puji bagi Allah Taala, akhirnya Dia menggerakkan juga diri ini untuk mengupdate blog yg sudah hampir 3 bulan sepi. Tiga bulan yg agak sibuk, padat dan menguji diri. Semester kali ini berbeza dengan dua sem sebelumnya, subjek2 yg lebih berat (kena usaha sungguh-sungguh utk faham dan ingat) ditambah dengan program-program universiti dan amanah-amanah yg perlu dilaksanakan, terasa masa sgt cepat berlalu. 'Ala kulli haal,alhamdulillah..setiap perkara sentiasa Allah sediakan hikmah yg tersendiri. Subhanallah..Maha Baiknya Allah bukan? :)

Masjidil Haram yang penuh keberkatan
dan rahmat di dalamnya..
Di awal Ramadhan baru-baru ini, tanpa disangka-sangka, Allah takdirkan saya sebuah perjalanan yg cukup menginsafkan diri. Allahu Akbar.. Perjalanan untuk menziarahi rumahNya, Kaabah.. Umrah kali pertama seumur hidup. Alhamdulillah summa Alhamdulillah, walaupun hanya 2 minggu sahaja tapi itulah perjalanan yang paling berharga dalam hidup. Siapa yg tidak bahagia menjadi tetamu Tuhan Yang Mencipta kita, Yang Menjaga kita selama ini, Yang Sentiasa Bersama kita sejak azali, Yang Memberi rezeki dan nikmat kepada kita selama ini?

Kita sama-sama mengimpikan peluang ini cuma bila masanya, dalam perancangan Allah Yang Maha Mengetahui. Sama-sama pasang niat, berdoa sungguh-sungguh pada Allah, moga impian itu terlaksana. =) Mengambil pesanan ringkas dan padat Pak Cik Hassan, ketua jemaah umrah kami,kata beliau: "Kita datang sini bukan beribadat dan doa utk kita sahaja tp kita jadi wakil utk doa kepada mereka yg xdpt pergi. Kita kena doa hidayah utk umat seluruh alam, doa utk saudara2 kita, sahabat2 kita dan doa utk umat Islam. Kalau kita doa utk org lain, para malaikat pula akan mendoakan kita."