Saturday, March 26, 2011

Mubarakunnajah!

Bismillahirrahmanirrahim,
Pertamanya, Alhamdulillah dan keduanya, Mabruk 'alaikum! Mubarakunnajah! Tahniah diucapkan pada adik-adik lepasan SPM 2010 especially Shamsians.. Aasif jiddan, kak solihah terlambat wish. Kepada yang berjaya, tahniah! Ala kulli hal, jangan lupa untuk memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Yang Memberi Kejayaan, Allahu Rabbuna. :) 

 
Dan buat adik-adik yang tidak berjaya mendapat apa yang ditarget, jangan lemah semangat atau putus asa. Percayalah, Allah sentiasa berikan yang terbaik pada kita..Allah pasti ada rancangan yang lebih baik untuk kehidupan kita. Kegagalan mencapai sesuatu impian, lazimnya, dengan izin Allah, akan mendorong kita berusaha lebih gagah untuk meraih kejayaan, menebus kekecewaan dulu. Semoga kalian semua dapat buat pilihan yang terbaik untuk perjuangan menuntut ilmu di peringkat yang seterusnya. Jangan lupa, sama-sama doa dan minta pada Allah. Kak Solihah doakan, adik-adik dapat apa yang paling sesuai dan terbaik untuk kalian dari apa yang Allah redha. Salam najah! Mabruk 'alaikum marrotan ukhra.. (^_^)



Friday, March 25, 2011

Minggu-minggu terakhir

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullah..
Alhamdulillah, sempat juga mengupdate blog hari ini. Sekarang, apabila masuk minggu-minggu terakhir semester 2, ikhtibar, kuiz, kelas ganti dan program semakin bertambah. Allah sahaja yang tahu betapa semangat diri ini teruji. Tetapi, berhadapan dengan kepadatan waktu inilah, jelas terasa betapa menuntut ilmu memerlukan mujahadah yang sungguh-sungguh. Letih dan lelah itulah yang membuatkan kehidupan bergelar penuntut ilmu cukup manis dan bermakna. Pesan seorang muallim, sedangkan sahabat Rasulullah s.a.w sanggup bermusafir, merentas padang pasir berbulan-bulan lamanya semata-mata untuk menuntut ilmu dengan alim-ulama malah ada sahabat yang sanggup bermusafir jauh hanya untuk mempelajari satu hadis, umat zaman sekarang mesti lagi kuat usaha. Banyak kemudahan yang Allah telah bagi pada kita dalam menuntut ilmu. Berjalan tidak sampai setengah jam ke kuliah, alim-ulama, ustaz ustazah dah ada depan mata. Kitab-kitab, bahan bacaan, blog dan laman web ilmiah juga sangat banyak. Maha PemurahNya Allah..beruntungnya kita menjadi hambaNya.

Wednesday, March 16, 2011

Dedikasi buat Jepun



Kadangkala wahai saudara,
Manusia itu perlu digegarkan,
Barulah mereka terbangkit daripada lena

Adakalanya wahai saudara,
Derita itu tiba tanpa amaran,
Biar manusia itu faham bukan semua berada dalam kawalan

Negara kalian adalah antara yang termaju,
Pelopor teknologi dan dikagumi,
Bangkit daripada kehancuran dalam masa yang singkat,
Dahulunya penjajah negara kami,
Kininya antara yang perlu kami contohi

Tetapi saudaraku,
Negara kalian yang termaju itu juga tergegar,
Kalian yang serba hebat juga tergempar,
Nyatanya wujud yang lebih hebat dan menakutkan
Yang berhak menjadi tempat sujudan dan kiblat tundukan
Inilah dia pengajaran

Adakah Tuhanku zalim?
Bukan. Bukan.
Tuhanku hakikatnya Tuhanmu jua.
Dijadikan bala bencana biar kita beringat sama

Apakah makna kehidupan wahai saudaraku?
Saat bangunan-bangunan tinggi itu kau lihat jatuh teroboh.
Apakah makna kehidupan wahai saudaraku?
Saat air laut naik meruntuh.
Apakah makna kehidupan wahai saudaraku?
Saat segala apa yang dikejari selama ini hancur luluh.

Tidakkah itu buktinya sampai satu saat hidup ini akan tamat?
Dan untuk apakah kehidupan bagi sesuatu yang singkat?
Inilah dia yang Tuhanku dan Tuhanmu mahu bicarakan,
Gegaran dan gemparan ini sebagai peringatan,
Buat kamu wahai saudaraku menjelaskan penglihatan,
Buat aku juga biar mendapat pengajaran.

Belasungkawaku buat kalian,
Saudara-saudaraku dalam kehidupan,
Aku berdoa kepada Tuhanku yang juga merupakan Tuhanmu,
Agar kalian dipermudahkan segala urusan,
Dan peristiwa ini memberikan makna kepada kehidupan kalian.

~Hilal Asyraf~

Tuesday, March 15, 2011

As-Syifa'


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Al-Ankabut, 29:2-3]


"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." [al-Nisaa' 4:78]


"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya  seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada  Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang  dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139]


"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah, 2:153]


"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]


" Percayalah, bila ALLAH ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan, kekuatan dan kebahagiaan yang hakiki. Carilah redha Allah seikhlasnya bukan redha manusia semata-mata. Suatu masa nanti, kau akan ditanya tentang amal masa mudamu. Maka, manfaatkanlah sisa hidup di akhir zaman ini sebaiknya,"

Manusia dan Tsunami

Retrieved from http://saifulislam.com/9430


Lori beras terbalik.
Orang ramai berpesta mengaut beras ‘percuma’ di Lebuhraya.
Pemandu lori yang parah mengerang dengan luka yang dihurung lalat meminta bantuan.
Kelindan lori terbiar hingga mati di tepi jalan.

Saya cuba untuk menghadam laporan kejadian lori beras terbalik di KM394 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tanjung Malim bulan lalu. Apakah yang difikirkan oleh pengaut beras itu? Adakah mereka lebih miskin daripada penghuni pondok yang makan siput babi beberapa tahun lalu di siaran Bersamamu TV3? Jika tidak lama dulu orang ramai berkejaran mengutip duit syiling yang bertaburan akibat kemalangan di Lebuhraya yang sama, kali ini beras dikaut untuk habuan makan, membiarkan mangsa di tepi tanpa tindakan peri kemanusiaan.
Kebingungan. Seperti ada satu ‘petanda besar, bagai ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan perilaku masyarakat kita kebelakangan ini.

11 Mac 2011, seluruh penduduk dunia terkejut.
Sesuatu yang tidak pernah dicatat oleh sejarah, Pantai Timur Laut Jepun dilanda gempa bumi paling dahsyat berukuran 8.9 pada skala Richter. Gegaran yang begitu dahsyat mengundang bencana yang paling menakutkan iaitu gelombang Tsunami. Tanpa berlengah, ombak setinggi 10 meter menghempas pantai dan menyapu segala yang berdiri di muka bumi, ‘tanpa belas kasihan’.

Tidak pasti apa yang mahu diungkap, selain berdoa agar kejadian itu tidak mengulangi penderitaan kesan Tsunami di Sumatera pada Disember 2004 yang lalu apabila lebih 200 ribu nyawa terbunuh di sekeliling pantai Lautan Hindi. Gelombang Tsunami kali ini menggoncang perairan Lautan Pasifik hingga melimpahkan kesannya ke perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, serta Sabah dan Sarawak.
Subhanallah!

Hanya pernah sekali menjejakkan kaki ke bumi Jepun, kenangan di bumi Ibaraki, menambah ‘rasa terkait’ dengan apa yang berlaku apabila gempa bumi dan Tsunami turut memusnahkan kawasan yang indah dan permai itu.
Namun kesedihan dan debar menyaksikan satu demi satu laporan berita di media, terpukul oleh beberapa siri laporan berita media tempatan yang membingungkan.

Tuesday, March 8, 2011

Wanita Ahli Syurga


Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Dalam Al Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga.

"(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?" (Muhammad : 15)

Nikmatnya Syurga!

Berubah...

Waktu demi waktu, setiap manusia berubah, baik dari segi fizikal dan rohani. Semoga setiap perubahan yang berlaku tidak merenggangkan hubungan kita dengan Allah. Kita takkan mampu mencapai kesempurnaan tetapi apabila kita bergerak untuk berubah ke arah kebaikan, sekurang-kurangnya kita telah berusaha menjadi yang terbaik. Ya Allah, redhailah seluruh kehidupan kami. Bantulah kami berubah menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Aamiin..

Friday, March 4, 2011

Wajah suci itu..


 
Mestica - Wajah Suci

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
 
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
 

Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
 (Mengapa tiada simpati dan kasihan)

Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia

bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina


Apa dosanya...

P/S: Dunia akhir zaman...