Wednesday, January 12, 2011

No Word Is Worthy: Sami Yusuf



Sami Yusuf - No Word Is Worthy
(ENGLISH)
Searched for the words
To describe your beauty
No matter how I tried
No word seemed worthy
Struggled to find
The right words for You
Words just fail to describe
What's deep inside
Subhan Allah, Wa alhamdulillah, la illaha il Allah, wa Allahu Akbar

(URDU)
Zemmeen Aseman, Jinn-o-Insaa bhi
(Earth and the Heavens, Jinn and Mankind)
Teri taa'reefein, Kartey bayan sabhi
(All praise Thee)
Bekhud huey, Dono jahan hi
(So both worlds become intoxicated)
Ruh se nikley, Jab ye kalma…Subhan Allah…
(When the soul recites this one word…Subhan Allah)
Subhan Allah, Wa alhamdulillah, la illaha il Allah, Wa Allahu Akbar

(FARSI)
Dar havaye To
(In Your remembrance)
Par migoshaayam
(I spread my wings)
Be omidi ke roozi
(In hope for the day)
Sooye To ayam
(I come to You)
Dar vasfe To
(In describing You)
Jomleha ra gashtam
(I searched sentences)
Kalameyi najostam
(I found no word)
Joz inke gooyam
(Except to say)
Subhan Allah, Wa alhamdulillah, la illaha il Allah, Wa Allahu Akbar

(MALAY)
Ku mencari kata puji
(I searched for words to praise You with)
Moga menjadi zikir hati
(Words to instill Your remembrance in my heart)
Namun tiada kalam yang pasti
(But no words are assuring enough)
Yang sesuci kalam ini
(As sacred as these)
Subhan Allah, Wa alhamdulillah, la illaha il Allah, Wa Allahu Akbar

Music & Words: Sami Yusuf
Urdu Words: Mehboob
Farsi Words: Ustad Firooz
Malay Words: Yasin Sulaiman
Produced by Sami Yusuf
 

Tuesday, January 11, 2011

Sibuk dengan apa?



Kita sering merungut sibuk.. saya sibuk nie.. tak dapat nak hadir majlis ilmu, tak sempat hadir usrah, tak sempat nak hadir mesyuarat dan lain-lain. Tapi sedarkah anda bahawa Ar-Rasul adalah manusia yang paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga.

Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t .

Rasulullah s.a.w. sibuk kerana:

[*]Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat

[*]Bermunajat kepada Allah setiap malam

[*]Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari

[*]Berperang di jalan Allah

[*]Melayani isteri-isteri

[*]Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail selama 23 tahun serta menghafalnya

[*]Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain


[*]Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq atau yahudi)

[*]Mengajar ilmu Al-Qur'an kepada Jin

[*]Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan dengan syafaat)

Tetapi kita.... ramainya sibuk kerana hanya beberapa perkara :


Kerja

Keluarga (isteri dan anak-anak)

Melangsaikan hutang

Main facebook, berhibur

Dan lain-lain..

Renungkanlah kata-kata ini pula :

Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.

Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.

Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong. ~Al-Imam Ghazali

Sunday, January 9, 2011

Nuurul 'aini..

Teringatkan mereka..keletah mereka..cahaya mata pemberian dari Allah Taala. Ya Allah, kau jadikanlah mereka, hamba-hambaMU yang soleh solehah. Berkati kehidupan kami semua dunia akhirat. Aamiin..

Peminat Upin Ipin.. :)
Rindu mereka.. :)
Anas..hero kedua :)
Hero..graduate at Wan's home :)
Aisyah..penyejuk mataku :)
Moga-moga jadi puteri yg solehah.. :)

Saturday, January 8, 2011

Usaha...

Assalamualaikum warahmatullah.. 
Hari ini, baru berpeluang mengupdate blog. Masa begitu pantas berlalu, lepas satu jam, satu hari..kini tahun 2011 telahpun tiba. Saya sudah 19 tahun sekarang? Sungguh, alwaqtu kassaif..begitu pantas berlalu. Syukur, Allah masih memberi peluang buat sy meneruskan pengajian bg sem 2. Untuk sem ini, ada lapan subjek yg bakal dipelajari. Jihad ilmuku semakin mencabar..semua subjek akan dipelajari dalam Lughah 'Arabiyah kecuali subjek Kenegaraan dan Kemasyarakatan. InshaAllah..cabaran ini akan disahut dengan izin dan bantuan dari Allah. Semoga perjalanan jihad ilmu ini sentiasa diredhai Allah. Pesan Imam Syafie~ Ilmu itu cahaya dan cahaya itu tidak akan menyimbah hati orang-orang yg melakukan maksiat.

Minggu pertama 2011, buat pertama kali dlm hidup..sy menghadapi suasana banjir. Hujan 2 hari berturut-turut menyebabkan blok asrama dan jalan-jalan sekitar ditenggelami air paras betis. Kebetulan, student-student Syariah dan Pentadbiran Islam diwajibkan menghadiri Program AsSinaah AlFaqeeh Al-Ijtima'i. Maka,banjir perlu jg kami redah. Pengalaman yang cukup menguji kesabaran terutama buat student muslimat. Alhamdulillah banjir semakin surut hari ini.

Buat perkongsian untuk sy dan sahabat-sahabat semua terus gigih berusaha dalam setiap amal, sama-sama baca artikel di bawah ini. http://ms.langitilahi.com/motivasi-yang-pentingnya-adalah-usaha/