Sunday, October 31, 2010

Sanah Helwah Ya Habibati...

How a friendship should be..

Assalamualaikum..alhamdulillah 'ala kulli hal, 
Dengan izin Allah, dunia Sem 1 mampu kulalui hingga ke penghujungnya.. Tinggal final exam shja lagi..inshaALLAH. Ya Allah, berikan hambaMu ini kejayaan dunia Akhirat.. Aaamiin.. Alhamdulillah wa syukurillah , Allah masih membuka peluang untukku bertemu family tercinta setelah 'sekian lama' menanti.. Uhibbukum jiddan!

Tak dilupa..Sanah Helwah Buat Sahabat Tersayang. Semoga dirahmati dan dilindungi Allah selalu.. Allahu yusallimuki wa usratuki.. (^_^) 

Here..I dedicate this poem to her. This poem is written by krazyjess0512

The day I met you
I found a friend -
And a friendship that
I pray will never end.

Your smile - so sweet
And so bright -
Kept me going
When day was as dark as night.

You never ever judged me,
You understood my sorrow.
Then you told me it needn't be that way
And gave me the hope of a better tomorrow.

You were always there for me,
I knew I could count on you.
You gave me advice and encouragement
Whenever I didn't know what to do.

You helped me learn to love myself
You made life seem so good.
You said I can do anything I put my mind to
And suddenly I knew I could.

There were times when we didn't see eye to eye
And there were days when both of us cried.
But even so we made it through:
Our friendship hasn't yet died.

Circumstances have pulled us apart,
We are separated by many miles.
Truly, the only thing that keeps me going
Is my treasured memory of your smile.

This friendship we share
Is so precious to me,
I hope it grows and flourishes
And lasts unto infinity.

You are so extra-special to me
And so this to you I really must tell:
You are my true friend,
My Dear.

Our friendship is one-in-a-million
So let's hold on to it and each other.
We cannot let this chance of pure bliss fly away
For there will never be another.

I love you.
I will always love you lillahi taala.

UKHUWWAH FILLAH DAIMAN ABADA..




Friday, October 15, 2010

Palestin, Kami ada Untukmu...


Assalamualaikum, Syukur kehadrat Ilahi..
Minggu ini, Unisza dengan kerjasama AQSA Syarif telah menganjurkan satu program ukhuwah Islamiyyah; Palestin, Kami Ada Untukmu.. bagi memperingati pengorbanan & penderitaan saudara-saudara Muslim kita yang berada di Palestin. Alangkah bahagianya mereka yang syahid fisabilillah...mereka sudah membuktikan jihad mereka. Sekarang..kita,hidup dan mati yang bagaimana kita inginkan? Semoga yang kita impikan sama... Hidup dan mati sebagai pejuang di jalan Allah s.w.t. Aaamiin..

Sahabat-sahabat! Dalam doa kita semasa dan selepas solat fardu dan sunat..tolong,jangan lupa berdoa untuk keselamatan aqidah, rohani dan jasmani Saudara2 Muslim kita dimana jua khususnya Palestin, Afghanistan dan Kemboja.. Kita tak dapat membantu mereka secara dekat. Maka sama-samalah kita membantu mereka dengan Doa dan Solat Hajat. Doa, nampak macam kecil sahaja peranannya tapi adakah kita lupa, asbab doalah Saidina Umar diberi hidayah oleh Allah. Malah asbab doa Nabi " Laqad Barakallahu Lakuma" kepada Ummu Sulaim dan Suaminya, anak cucu mereka menjadi orang-orang yang soleh, pintar dan Hafiz Quran. Subhanallah, besarnya hikmah berdoa. Firman Allah; "Dan berdoalah padaku nescaya akan aku perkenankan.". Yakinlah dengan Allah!!


Satu cara lagi yang disarankan.. BOIKOT Produk Israel!
Pengerusi Aqsa Syarif, Ustaz Hasanuddin memaklumkan bahawa McDonald adalah penyumbang yang paling jelas lagi nyata. Ini terbukti kerana mereka telah merampas tanah di Bumi Palestin dan membina cwgn McDonald yang agak besar di sana. Menurut Ustaz lagi, keuntungan yang diperoleh dari McD ini disalurkan terus ke Israel. Antara produk lain yang dikesan memberi sumbangan kepada Yahudi Israel ialah NESTLE, L'Oreal, Maggi, Timberland and Levis. Produk yang dilistkan ini mungkin kita biasa guna kan? Sungguh payah untuk memboikot tapi jika bukan sekarang, bila lagi? Yakinkah kita akan hidup esok? Apakah kita masih ingin menyokong mereka yang telah membuka laluan untuk saudara seagama kita dibunuh dan dizalimi? Fikir-fikirkan wahai sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian.. Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya melebihi cintanya pada diri sendiri.. Ya Allah..bantulah kami untuk menyempurnakan iman kami ini. Aaamiin..

Pesan Imam Shafie Rahimahullah..


Buat tatapan hamba-hamba Allah sekalian, sebelum Imam Shafie menghembuskan nafas terakhir, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:  ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:  
  • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
  • Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
  • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
  • Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  • Hak kpd mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
  • Hak kpd sirat (titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  • Hak kpd Malik (malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  • Hak kpd Ridhzuan (malaikatt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
  • Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
  • Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Apa Yang Iblis Jawab?



Assalamualaikum, Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah summa Alhamdulillah.. Hari ini, mengisi kelapangan yg ada,ingin kukongsi sebuah cerita tauladan yg terkandung dalam kitab Tanbihul Ghaafiliin (Peringatan Bagi Yang Lupa). Manusia ini sifatnya pelupa maka untuk mengecas kembali nadi-nadi yang lemah, sama2 kita saling memberi peringatan dan menegur andai ada kesilapan. Semoga bermanfaat untuk semua, muslimin muslimat kasih fillah.



Telah diceritakan bahawa Allah s.w.t. telah memerintahkan iblis laknatullah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis laknatullah pun datang kepada Baginda s.a.w. dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

Baginda
Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
Iblis menjawab, "Lima belas."

1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9  Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Quran serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur. 


Kemudian
Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"
Jawab iblis laknatullah, "Sepuluh golongan :-

1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia." 

Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis laknatullah. Sememangnya kita tahu bahawa sesungguhnya Iblis laknatullah itu adalah musuh yang Nyata. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan atau pengikut iblis laknatullah, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis laknatullah bermakna menjadi musuh Allah s.w.t.. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis laknatullah bererti menjadi kawan dan pengikut kekasih Allah s.w.t..

Sentiasalah berdoa agar tergolong dalam kalangan insan yang berjaya dunia Akhirat.. Aamiin


 

Monday, October 4, 2010

Untukmu An-Nisa'...


Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata. Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan. Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.
Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT. Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah. Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.  Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.
 
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT. Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud, "Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.

Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat

Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.
Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.
Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.

Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.

Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT. "Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.
Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS. 
Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.
Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka.
Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS ke rumahnya.
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.
Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.

Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).

Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina.
Berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.
Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?

Maka, labuhkanlah tudungmu.

Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"
Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT." 
Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.
Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.
Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.
Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.

Saudariku,
Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.
Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.
Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.
Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.
Saudariku, Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja. Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.

Sunday, October 3, 2010

Lihatlah Bagaimana Mereka Memancing...


 
Assalamualaikum, semoga Allah merahmati kalian semua wahai muslimin dan muslimat sekalian. Selawat dan salam ke atas Nabi kita, Muhammad s.a.w. Alhamdulillah, haazal yaum, Allah memberi sy peluang untuk memahami dan menyedari hakikat satu perkara. Jazakallahu khairan katsira ila Ustaz Shafie yang berkongsi ilmu. 

Intinya berkisar tentang umpan mengail ikan dan helah iblis laknatullah. Baiklah, bercakap soal mengail, apa yang kalian gambarkan bila sebut tentang pancing atau kail ikan? Mesti ada cacing sebagai umpan bukan? Dan yang kita nampak hanya cacing..kita tak nampak cangkuk atau mata kail yang ditusuk dalam cacing itu, soheh? Kaedah inilah yang menarik perhatian ikan-ikan. Mereka x nampak ketajaman cangkuk dalam cacing itu tapi yang mereka nampak makanan, habuan..sesuatu yang dicari-cari. Sebenarnya, taktik inilah yang diguna pakai oleh iblis laknat untuk menghancurkan kita, umat manusia. Nauzubillahi min dzalik..

Jika kita perhatikan,strategi iblis cukup terang lagi nyata... mereka menggantikan perkara-perkara yang Allah larang dengan satu gambaran yang indah sedangkan hakikatnya adalah indah khabar dari rupa. Iblis menggunakan yang tersurat untuk menutupi yang tersirat. Contoh yang Ustaz bagi; yang tersurat itu ialah nama pokok direka menjadi nama pokok Khuldi atau maknanya pokok kekekalan supaya begitu bersesuian dengan impian Nabi Adam a.s. yang ingin kekal di syurga, dan yang tersirat ialah mereka ingin Nabi Adam dimurkai Allah Taala!

Hari ini, zaman ummah ini, kalau kita fikir2kan kisah strategi Iblis tadi. Apakah masih wujud perangkap yang sinonim dengan ilmu perangkap berhelah yang tertua dalam sejarah manusia ini? Sudah pasti, jawapannya ialah berlambak perangkap seperti itu! Tidak terkira! Terdapat dimana-mana. Selagi dunia belum berakhir dan ummat manusia masih ada yang beriman, iblis akan terus menebarkan perangkapnya...
 
Kata ustaz, sebagai contoh, apabila ingin berpakaian, iblis menggoda kita berpakaian melanggar syariat khususnya perempuan. Mereka menamakan pakaian yang melanggar syariat tu sebagai pakaian up to date. pakaian bermaruah. pakaian yang sensasi.. pakaian yang mempunyai standard! Sebaliknya apabila kita memakai pakaian mengikut syariat, cepat-cepat iblis racuni fikiran kita dgn mnamainya sebagai pakaian kuno.. pakaian yang tak up to date. pakaian mak nenek zaman mana ntah... pakaian orang yang ada masalah dengan rambut.. jangan-jangan botak.. pakaian orang yang tak maju.. pakaian tak kontemporari.. bagimana nak menang main sukan kalau asyik pakai seluar panjang. nak maju dalam sukan pakailah seluar pendek.. dan macam-macam lagi..
 
Contoh yang lain..terutama remaja sekarang, belajar agama atau x, mereka rasa bercouple itu indah. Bagi yang jahil, percintaan adalah segala-galanya. Ramai perempuan sanggup jual diri demi kasihnya pd sang jantan. Kalau mesej, penuh kata-kata berbaur nafsu dan call rindu setiap masa. Kasihan sangat melihat kehidupan mereka ini, walaupun nampak bahagia tapi hakikatnya? Saya sayang sahabat saya.. Ya Allah, berilah kami semua keampunan dan jalan keluar dari segala kejahatan yang pernah kami lakukan. Sahabatku, itu bukan cinta, itu penipuan iblis.. Hazihi alfitnah kabiirah! 

Lagi haru, bagi mereka yang tahu couple itu haram, mereka cakap kami x couple mcm org lain. Kami saling bagi peringatan, doa mendoakan..mcm2 lagi yang baik2 kononnya. Common answers yang dah lali kita dengar dari mereka, semata-mata ingin mempertahankan sesebuah hubungan yang telah diperangkap iblis. Iblis hanya nampakkan yang indah; kasih sayang, pengorbanan dan kesetiaan si kekasih..kekacakan atau kecantikannya.. Ada jg yg cakap, kekasih sylah yg ubah sy jadi baik mcm skrg..banyak bantu sy. Sudah.. Apakah kita langsung tak fikir kewujudan Allah? Bukankah Allah yang bagi Hidayah pada hamba-hambaNya untuk bergerak ke arah kebaikan? Bukankah Allah yang melindungi dan memerhatikan kita setiap masa? Firman Allah; Perumpamaan orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah, sekiranya mereka mengetahui. (Surah Al-Ankabut: 41)

Seterusnya, memetik kata-kata Akh Hilal Asyraf, katanya, cinta apa kalau Allah tak redha ? Cinta apa kalau dua-dua terhumban di neraka? Kerana Allahkah cinta itu? Teringat pula kata-kata Ustazah Sumayyah, macam mana nak ada barokah cinta dalam sesebuah rumahtangga tu kalau belum bernikah lagi dah hilangkan berkatnya? Tak kahwin lagi dah merasai nikmat cinta, bila dah kahwin, nikmat-nikmat tu dah jd basi..boring. Cukup mendalam nasihat ustazah.. Sedih campur takut dan bimbang dengan suasana dunia hari ini. Kat mana-mana, ada perzinaan! Buang bayi! Gugur bayi! Tangkap khalwat! Bunuh sebab cemburu! Lari ikut kekasih! Ya Allah, peliharalah kami dari diuji dengan semua perkara yang terkutuk ini. 

Sahabat-sahabat, cinta itu asalnya ialah sesuatu perasaan yang bersifat suci. Malah Allah kurniakan dalam hati setiap insan untuk kita jaga dan curahkan pada insan yang dihalalkan memilikinya contohnya ibu bapa, family, suami @ isteri. Tapi ramai manusia mengotorinya dengan nafsu dan maksiat. Halus benar taktik iblis laknatullah. Kita sendiri x sedar atau sengaja tidak ingin menyedarkan diri. Akukah itu? Astaghfirullah.. Moga-moga Allah menunjukkan kita sirotol mustaqim.. Aamin. Apapun, KETAHUILAH, SESUNGGUHNYA PERJALANAN CINTA YANG PALING AGUNG IALAH MENCARI CINTA ALLAH DAN RASULNYA DAN KHOTIMAH CINTA YANG PALING BAHAGIA IALAH MERAIH CINTANYA! ALLAHU AKBAR!!


Kepada rakan-rakan yang dirahmati Allah, semoga artikel kali ini mampu memberi kesedaran kepada kita tentang taktik dan helah iblis yang licik ini. Ambil iktibar.. jangan kita tertipu dengan umpan-umpan iblis ini. Mungkin benar, naluri kita sewaktu muda remaja ini inginkan macam-macam yang menyeronokkan.. tapi fikir betul-betul. Janganlah sesuatu yang kita buat itu, bertentangan dengan peraturan Allah walaupun ia amat selari dengan kehendak hawa nafsu kita. Ya Allah kami amat memerlukan pertolonganMu selama-lamanya.. amin