Wednesday, March 31, 2010

ALAM BARZAKH...KITA AKAN MELALUINYA

Assalamualaikum, alhamdulillah, akhirnya sempat juga update blog setelah beberapa lama sy mninggalkannya. Pernah dengar nasyid 'Sepohon Kayu'? Sy percaya ramai yg pernah dgr nasyid ni. Nasyid ni nasyid yg ramai org tahu dan hafal liriknya. Moga2 kita bukan setakat hafal lirik tetapi kita faham mesej yg ingin disampaikn. Smsa mendgr nasyd ni,teringat swaktu kecil, sy rs takut bila dgr nasyid ni dlm kaset. Sebabnya sebelum nasyid ni dimainkan, ada drama pendek/pentomin tentang kematian. Suaranya cukup menggerunkan. Antara dialog yg sy ingat...MA RABBUKA?!! dan ad s'org lelaki menjawab dlm nada ketakutan, AAAKKKU TIIIDDAAKK TAHU... Nauzubillah dr kita menjwb sedemikian swktu kita disoal oleh malaikat di alam kubur kelak. Bercakap tentang alam kubur, kita semua x tahu bagaimana keadaan kita dan bila kita akan menempuhnya. Tetapi diri kitalah yg menentukan bagaimana keadaan kita di alam barzakh. Bahagia atau sengsara? ALLAH kurniakan kita masa utk dimanfaatkan sbg hambaNYA. Utk kita siapkan bekalan hidup di ALAM AKHIRAT. Tapi masalahnya adalah KITA!! Manusia yg lupa diri..sering alpa..lalai..mabuk dgn nafsu dunia...mudah ditipu dgn dunia..Nastaghfirullah.

Sy teringat sebuah kisah dimana seorg sahabat Nabi s.a.w yg akan menangis dengan penuh ketakutan setiap kali melalui kawasan perkuburan. Seorg shbt r.anhu yg lain telah bertanya sahabat itu, Wahai sahabatku, aku hairan, kau tidak menangis bersungguh2 tatkala diceritakan perihal syurga dan neraka sepertimana kau menangis yg teramat sedih apabila mendengar tentang alam kubur. Sahabat r.anhu ini telah menjawab, Sahabatku,aku menangis ketakutan bila mendengar tentang alam kubur kerana itulah persinggahan pertama yg akan kita lalui. Jika kita berjaya dipersinggahan pertama ini,maka mudahlah kita dipersinggahan yg seterusnya akan tetapi jika buruk dan gagal kita di persinggahan pertama,maka payahlah kita di destinasi seterusnya. MasyaAllah..begitu sekali fikir sahabat r.anhu tersebut. Fikir yg menyebabkannya sentiasa mengingati ALLAH, TUHAN YANG MENGHIDUPKAN DAN JUGA MEMATIKAN. Kita bagaimana? Apakah kita pernah merasa takut mendengar perihal alam kubur? Takut dan insafkah kita tatkala melalui kwsn perkuburan?

Sy mohon sahabat2 sekalian agar kita semua tidak main dengan perihal kematian dan alam kubur. Mungkin di dunia ini kita boleh bergurau tentang mati kerana kita belum menghadapinya. Mahukah kita mendengar bicara org2 yg telah mati? Mereka yg telah mati, sudah tidak berguna lg bicara mereka. Segala pintu taubat telah tertutup dan segala peluang utk beramal sudah tiada. Namun begitu, ALLAH masih ingin menyelamatkan kita. Diberikan kita waktu utk bertaubat dan mengislah diri. Andai org2 mati boleh berbicara, mereka akan mengingatkan kita agar bersedia dgn selengkap2nya. Dalam dua alam yg jauh terpisah,ALLAH menurunkan peringatan2 dalam AL-QURAN untuk kita mentadabbur dan mengingatkan diri kita agar tidak terlewat. Byk kisah org2 kafir yg menyatakan penyesalannya dan ingin kembali ke dunia utk beramal. Apakah penyesalan ini berguna? Maha Pengasihnya ALLAH, kita masih ad peluang utk menyesal, bertaubat, memohon ampun drNYA, dan menghubungkan diri dgnNYA. Subhanallah...

Secara ringkasnya, sy seru kalian smua termasuk diri ini agar sentiasa mengingati ALLAH. Pandang dan fikirlah dgn pandangan ke arah AKHIRAT sebelum melakukan amal. Dunia hanya persinggahan yg Nabi Muhammad s.a.w gambarkan seperti dua jari kita,jari kelingking dan hantu. Sangat dekat..cuma kita yg jahil dan nampak kematian itu bila sudah tua..bila sakit kuat..bila kena H1N1..bila accident dn mcm2 lg sedangkan semua itu hnya asbab. Hakikatnya sebelum lahirnya kita,ALLAH telah menetapkan soal hidup mati kita. Semoga ALLAH meredhai SELURUH KEHIDUPAN KITA,HAMBA2 YG DHAIF INI. Ayuh sama2 perbaiki diri dan ajak saudara2 lain mengenal Allah Yang Esa, meraih cinta AgungNYA. Jangan tinggalkan saya jika benar saya tersilap langkah. Bantu sy dan mereka yg sama seperti sy agar kembali lurus jalannya.

Salam dakwah minni lakum. Barakallahu fik. Yg baik, jadikan panduan,yg buruk,moga2 dijauhkan.

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami bekerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunatpun ada bukan sebarang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami bekerja hatilah riang

Kami sembahyang limalah waktu
Siang dan malam sudahlah tentu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi

P/S: Nasyid ni sebenarnya ttg kepentingan solat dan kesan meninggalkan solat setelah mati. Assolatu Imaduddin!!

Monday, March 15, 2010

RESULT SPM...ALFU MABRUK YA ASDIQA'...ALHAMDULILLAH..

Assalamualaikum, buat semua sahabat kasih lillah..tahniah..alfu mabruk atas kecemerlangan kalian. Semoga kejayaan ini akan mendekatkan lagi hubungan kita denganNYA, Tuhan Yang Memberi Kejayaan. Apapun keputusan yg kita dapat, belajarlah untuk bersyukur. Ucaplah ALHAMDULILLAH!! Kita telah belajar, berusaha, berdoa, bertawakal dan....kini tiba giliran utk kita bersyukur. Setiap yang dikurniakanNYA adalah yang terbaik dr ALLAH. Saya kongsikan dgn sahabat-sahabat pengisian dr website http://ms.langitilahi.com/motivasi-allah-sentiasa-berikan-yang-terbaik/

Tahukah anda, walau apa pun keputusan yang anda dapat, sesungguhnya itulah yang terbaik? Ini bukan sekadar menyentuh SPM/STAM/PMR dan lain-lain peperiksaan. Ini juga menyentuh keputusan-keputusan yang kita perolehi dalam mana-mana stesen kehidupan kita yang lain.

Hal ini kerana, Allah SWT tidak pernah memberikan yang tidak baik pada hamba-hamba-Nya.

Cuma pokoknya, apakah kita mampu menerima keputusan Allah dalam keadaan terbaik, yakni dalam keadaan redha pada-Nya?

Itu persoalannya.

Sikap orang beriman terhadap keputusan Allah SWT.

Orang Islam itu tidak ajaib. Tetapi, orang beriman diiktiraf sebagai menakjubkan. Kenapakah orang beriman mencapai tahap yang menakjubkan?

Hal ini kerana mereka mampu melalui segenap liku kehidupan dengan tabah dan ketenangan.

Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiad ayang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya” Hadith riwayat Muslim.

Ya. Itu dia orang beriman. Segala keputusan Allah adalah baik. Anugerah kecemerlangan dan kegemilangan hidup tidak menjadikannya riya’, takabbur, ujub sehingga menyeretnya ke neraka. Timpaan musibah tidak membawa kepadanya putus asa, kecewa dan merungut-rungut sehingga menyeretnya ke dalam kalangan manusia yang tidak bersyukur.

Kenapa Rasulullah SAW menyebut ‘orang beriman’, tetapi bukan orang yang memeluk Islam?

Hal ini kerana, hanya yang ber’iman’ sahaja mampu menghubungkan jiwanya dengan Allah SWT, untuk redha dengan segala keputusan-Nya. Tunduk taat pada ketentuan-Nya. Hal ini kerana, hanya orang beriman sahaja yang percaya 100% tanpa ragu kepada Allah SWT.

Keburukan itu, hasil daripada tangan sendiri

Musibah-musibah yang menimpa kita dalam kehidupan, biasanya adalah daripada tangan kita sendiri. Tidak semestinya secara terus ia berkait.

Sebagai contoh, seorang pelajar gagal dalam peperiksaan. Tidak semestinya kerana dia tidak rajin studi. Tetapi kegagalannya di dalam peperiksaan, adalah teguran Allah SWT atas sikapnya yang angkuh, atas hubungan dengan ibu bapanya yang buruk, atas pembazirannya, atas kelupaannya dalam melaksanakan perintah-perintah fardhu da 1001 sebab lain.

Allah SWT tidak akan memberikan keburukan, melainkan kita sendiri yang menjemput keburukan itu. Lihatlah betapa pengasihnya Allah SWT menghantar rasul-rasul pada ummat yang tidak mengetahui. Allah tidak akan mengazab sesuatu kaum melainkan telah disampaikan rasul kepada mereka.

“Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).” Surah Al-Israa’ ayat 15.

Tetapi, manusia memilih untuk ingkar. Sebab itu Allah menurunkan musibah kepada mereka.

Akhirnya benarlah firman Allah SWT:

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” Surah Asy-Syuura ayat 30.


Ini juga satu ujian

Bila Allah SWT menunjukkan keputusan-Nya pada kita atas sesuatu perkara, kita perlu ingat, bahawa bagaimana pun keputusan itu, semuanya adalah untuk menguji kita.

Cemerlang atau gagal, berjaya atau tewas, menang atau kalah, kedua-dua sisi keputusan itu mempunyai ujiannya yang tersendiri.

Cemerlang diuji hebat dengan ujub, riya’, takabbur, dan lupa diri.

Gagal diuji hebat dengan putus asa, kecewa, sangka dan buruk pada Allah SWT.

Maka, hakikatnya, kita perlu berhati-hati dengan keadaan ini. Baik kita cemerlang, mahupun kita di posisi gagal. Baik kita dikurniakan kejayaan, mahupun kita di posisi ditimpa musibah.

Allah SWT mengingatkan kita dalam firman-Nya:

“Apakah manusia itu mengira, mereka akan ditingalkan dengan berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji(keimanan mereka itu)?” Surah Al-Ankabut ayat 2.

Adakah check semula markah itu tanda tidak sangka baik dengan Allah?

Ini soalan yang menyeronokkan, dan hangat pada setiap pengambil keputusan peperiksaan.

Tidak salah. Hal ini kerana, check semula keputusan itu bukannya kita sangka buruk dengan Allah SWT yang memberikan kita keputusan yang kurang baik. Bahkan, check semula keputusan itu adalah satu USAHA untuk kita mencapai kecemerlangan.

Selepas check, dan telah kita dapat keputusan yang sebenarnya, ketika itu kalau tidak redha juga, maka barulah termask dari kalangan yang tidak bersyukur, dan tidak bersangka baik dengan Allah SWT.

Maka, jika anda rasa anda layak mendapat kecemerlangan pada keputusan peperiksaan anda, tetapi keputusan menunjukkan anda gagal, tiada salahnya anda pergi memeriksa.

Anggaplah, keputusan gagal yang mungkin silap itu, sebagai pengajaran besar oleh Allah SWT kepada anda.

Dan bila anda disahkan berjaya, jangan lupa bersyukur kepada-Nya.

Dan bila anda disahkan tetap gagal, jangan lupa juga muhasabah kembali diri anda.

Tiadalah pemberian Allah itu yang tidak baik.

Tetapi kitalah yang perlu belajar untuk menerima keputusan-Nya dengan baik.

Penutup: Allah sentiasa memberikan yang terbaik.

Dunia ini merupakan kembar dengan ujian. Baik buruk di dalam dunia ini adalah ujian. Mendapat kebaikan itu juga ujian, mendapat keburukan juga adalah ujian.

Hakikatnya, tiada yang buruk dalam pemberian Allah SWT. Semuanya terbaik. Cuma kita yang gagal menilainya.

Bila Allah berikan kita kejayaan, itu kebaikan dari segi balasan usaha kita. Bila Allah berikan kita kegagalan, itu kebaikan dari segi peringatan kepada kita.

Yang menjadikan pemberian Allah itu buruk adalah kita.

Bila Allah berikan kita kejayaan, kita riya’, takabbur, ujub, angkuh dan melupakan-Nya. Bila Allah berikan kita kegagalan, kita kecewa, sakit hati, putus asa dan mengeji-Nya.

Segala yang baik itu memang daripada Allah SWT. Kita sahaja yang memburukkan diri kita.

Maka marilah kita sama-sama, mendidik diri untuk redha dengan keputusan yang Allah SWT berikan.

Allah SWT sentiasa memberikan yang terbaik.

Tetapi kitalah yang kita perlu belajar bagaimana hendak menerima keputusan Allah dengan baik.

Tuesday, March 9, 2010

Muzik Yang Sebenar?? Souti Sarmad??

Assalamualaikum,saya postkan perkongsian tentang Muzik. Apapun,post sy ini sekadar sedikit petikan yg saya ambil dari sebuah novel karya Faisal Tehrani. Tajuknya ADVENCER SI PENIUP NEY. Bila baca tajuk shj, sy rs ramai yg rs mcm buku crta kanak-kanak tapi x sebenarnya.Untuk mengetahui lebih lanjut, kalian semua boleh baca sendiri novel ini. Penuh info yg bermanfaat dan apa yg sy dapati, isi novel ini penuh dengan maksud yg tersirat dan tersurat.

Siapakah yg mengasaskan notasi muzik? Ramai pemuzik akan menjawab Guido Arezzo , pada tahun 1026. Org Itali ini dikatakan telah mencipta notasi muzik. Ilmu itu telah diambil drpd Hymn of St John kononnya. Sebenarnya manusia barat itu hanya mencuri kekayaan pengetahuan orang Islam. Jika kita bandingkan skala muzik Guido itu dgn abjad Arab secara fonetik. Begini:

Abjad Arab: mim fa sod lam sin dal ra
Nota Muzikal: mi fa so la si do re

Orang Islam telah menggunakan notasi sejak abad kesembilan Hijrah iaitu pd zaman Khalifah Al-Ma'mun dan Ishak Al-Mausili. Notasi sudah tertera dalam karya-karya Al-Kindi, Al-Farabi, Ibnu Sina dan Hussain ibn Zaila. Teori-teori muzik Eropah seperti le rapport 5/4 dan 6/5 diambil bulat-bulat dari Al-Farabi. Guido Arezzo pernah belajar di Catalogna,tanah Arab maka mudah baginya utk mencuri khazanah ilmuwan Islam.

Ramai yg tak tahu berita sebenar tentang pengasas muzik ini kerana ramainya mengambil muzik utk tujuan seronok-seronok. Muzik itu sebenarnya utk tujuan lain; tujuannya Souti Sarmad.

Souti sarmad ialah sejenis muzik -satu bunyi yang apabila melantun keluar dr sumbernya akan mengisi semua ruang. Sumber itu datang dr Tuhan yg memberi bunyi, memberi suara kpd manusia utk menghormati firmanNYA. Ia getaran halus yg tidak tertangkap dek telinga, jauh sekali terlihat dek mata. Satu bunyi,satu suara yg memiliki kuasa yg hebat,seperti yg terkandubg pada firman: Jadilah,maka terjadilah! Ia satu suara,satu bunyi yg menderu menggetarkan kalbu berbunyi: Bacalah! Ia satu suara yg ddgr Nabi Musa di Gunung Sinai. Suara yg kita keluarkan adalah suara utk menghormati titah dan firman Tuhan. Begitu jugalah dgn melodi. Melodi yg paling indah ialah melodi yang kembali mengingatkan titah dan perintah atau firman Tuhan. Maksudnya zikir. Zikir terletak di antara ucapan dan nyanyian. Dalam zikir ada pengulangan, ada getar suara, ada kawalan nafas, ada bunyian yg dihasilkan kala bernafas sahaja, ada pula suara yg terpendam. Zikir itu juga adalah souti sarmad.

Souti sarmad ialah muzik yg membawa kita kembali kpd destinasi akhir dalam kehidupan, iaitu ALLAH!. Muzik yg menyedarkan akan kealpaan kita terhadap janji yg telah dimeterai dgn Pencipta kita bahawa kita hambaNYA, dan sekadar menumpang sahaja dibumi milikNYA. Jadi muzik ialah satu tenaga kerohanian yg mengajar dan membimbing pendengarnya. Muzik ialah penerangan dan nasihat, bukan dalam bentuk kata-kata, tetapi terus memagut hati kerana hatilah yg menampung ingatan kepada Tuhan. Dalam souti sarmad,semuanya adalah dalam takluk Tuhan. Allah yg mengurniakan bakat,ilham dan kemuliaan. ALLAH juga yg menyentuh hati pendengar yg diinginiNYA.

Souti Sarmad ialah muzik yang mengingat TUHAN. Dengan mendengar souti sarmad, maka terangkat segala kekhuatiran, keresahan, duka, murka, takut, ngeri, hingga jiwa terlerai drpd kurungan indera lantaran menembusi roh dan seisi alam semesta. Ia satu bunyi yg halus, muzik yg halus. Bunyi yg baik,muzik yg indah akan membawa kita semua mengalami masti atau keseronokan yang melimpah ruah secara rohaninya. Ini kerana muzik itu ghiza e-ruh, makanan roh. Asas ajaran souti sarmad ialah kembali kpd hari Allah menjadikan roh-roh makhluk yg ada. Allah telah bertanya: Bukankah Aku Rabbmu? Roh manusia,jin,haiwan dan semua yg bernyawa telah menjadi asyik mabuk keseronokan kerana firman Tuhan itu amat merdu sekali.Inilah asas muzik yang molek utk roh. Muzik yg mengingatkan kita kpd Pencipta kita pada hari kita berjanji denganNYA utk patuh akur kpdNYA dan tidak akan menyekutukanNYA. Semoga kita dapat mengamalkan ilmu muzik yg dredhaiNya. Bukan skdr utk hiburan duniawi semata-mata. Barakallahu fik..

Sekadar ini pengisiannya,semoga Allah mengizinkan kita meraih barakah dah rahmatNya! aaamiin..wallahu'alam.